Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penyedia internet milik pemerintah Myanmar sekat perkhidmatan Facebook

Penyedia internet milik pemerintah Myanmar menyekat akses kepada perkhidmatan milik Facebook pada awal Khamis (4 Februari), menurut kumpulan pemantauan rangkaian NetBlocks, beberapa hari selepas pemimpin tentera negara itu melancarkan rampasan kuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyedia internet milik pemerintah Myanmar sekat perkhidmatan Facebook

Logo Facebook (Gambar fail: REUTERS/Stephen Lam)

Diterbitkan : 04 Feb 2021 09:10AM Dikemas Kini : 04 Feb 2021 09:19AM

YANGON: Penyedia internet milik pemerintah Myanmar menyekat akses kepada perkhidmatan milik Facebook pada awal Khamis (4 Februari), menurut kumpulan pemantauan rangkaian NetBlocks, beberapa hari selepas pemimpin tentera negara itu melancarkan rampasan kuasa.

Surat yang diterbitkan online oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan malam semalam menyatakan Facebook akan disekat hingga 7 Februari demi "kestabilan".

Beberapa pengguna Facebook di Myanmar melaporkan mereka tidak dapat menggunakan perkhidmatan Facebook termasuk Instagram dan WhatsApp.

Facebook tidak segera mengulas. Separuh daripada 53 juta penduduk Myanmar menggunakan Facebook, yang dikaitkan ramai orang dengan internet.

"Prihatin dengan keadaan ini, sekarang orang-orang yang mengganggu kestabilan negara ... menyebarkan berita palsu dan maklumat yang salah dan menyebabkan salah faham di kalangan orang ramai dengan menggunakan Facebook," menurut surat Kementerian itu.

Pada Selasa, tentera memberi amaran terhadap apa yang disifatkannya sebagai penyebaran khabar angin di media sosial yang boleh mencetuskan rusuhan dan menyebabkan ketidakstabilan.

NetBlocks menyatakan sekatan itu seperti dilakukan oleh syarikat telekomunikasi MPT, yang mengatakan ia mempunyai 23 juta pengguna.

Penyiasat hak asasi manusia PBB sebelum ini menyatakan bahawa ungkapan kebencian di Facebook telah memainkan peranan utama dalam mendorong keganasan di Myanmar. Syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya terlalu lambat bertindak untuk mengekang penularan maklumat salah dan kebencian di negara itu.

Minggu ini, Facebook mengumumkan bahawa pihaknya sedang menangani keadaan di Myanmar sebagai darurat dan mengambil langkah sementara untuk melindungi daripada bahaya seperti menghapus kandungan yang memuji atau menyokong rampasan kuasa itu, menurut seorang jurucakap.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan