Skip to main content

Dunia

Penyanyi Yasin Sulaiman diperintah bela diri dalam tiga kes dadah

Anggaran Waktu Membaca:
Penyanyi Yasin Sulaiman diperintah bela diri dalam tiga kes dadah

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 03 Oct 2023 05:44PM Dikemas Kini : 03 Oct 2023 11:32PM
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa (3 Okt), atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Hakim Faiz Dziyauddin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan terhadap penyanyi yang popular dengan lagu 'Mimpi Laila' itu.

Pada 15 September lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan bermula 28 Ogos lepas, lapor agensi berita Sinar Harian.

Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah ahli kimia Dr J Saravanan Kumar; pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Amirul Mukmin Aziz; pegawai sains (kimia hayat) di Jabatan Patologi Hospital Tenglu Ampuan Rahimah Klang Rusli Ibrahim.

Selain itu, saksi lain ialah pakar bioteknologi tumbuhan, Profesor Dr S Sreeramanan dan Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narikotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Darwis Aripin.

Menurut laporan Sinar Harian, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul FaridahRaja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara peguam, Ariff Azami Hussein mewakili Yasin, 47 tahun.

Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram, menurut Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita