Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: senator_emiliacontessa/Instagram)
JAKARTA: Indonesia kehilangan penghibur tersohornya, Emilia Contessa yang menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin (27 Jan).
Allahyarhamah Emilia meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Media Indonesia melaporkan Allahyarhamah menghidap penyakit kencing manis yang sudah lama ditanggungnya.
Emilia atau nama sebenarnya, Nur Indah Citra Sukma Hati, memulakan kerjaya seninya pada usia kanak-kanak.
Penghijrahan dari Surabaya ke Jakarta sekitar tahun 1970-an mengubah nasibnya dalam bidang seni sehingga menempa kemasyhuran.
Allahyarhamah juga pernah berhijrah ke Singapura dalam usaha memperluaskan kerjaya seninya dan menetap selama setahun di negara ini.
Kehebatan dan keunikan vokal Allahyarhamah Emilia menyebabkan beliau pernah mendapat perhatian meluas media antarabangsa, termasuk majalah Asia Week (1975) yang pernah memberinya gelaran Singa Panggung Asia.
Dilahirkan pada 27 September 1957, Allahyarhamah Emilia pernah disenaraikan satu daripada lima artis popular dunia oleh New York Times.
Beliau juga pernah ditawarkan biasiswa untuk belajar vokal di Amerika Syarikat, namun Allahyarhamah terpaksa menolak kerana terikat dengan kontrak nyanyian di sebuah kafe di Jakarta.
Sekalipun terlepas peluang itu, Allahyarhamah bagaimanapun pernah melebarkan kerjaya seninya ke benua Eropah dan Amerika Syarikat.
Antara lagu yang melonjakkan namanya di persada seni ialah Angin November, Flamboyan, Biarlah Sendiri, Bunga Mawar, Melati, Rindu, Bunga Anggerek, Penasaran, Kehancuran, Layu Sebelum Berkembang dan Angin Malam.
Allahyarhamah juga pernah merakamkan lagu Dari Jauh bersama penyanyi Malaysia yang juga peserta Gegar Vaganza, Liza Aziz pada sekitar 1990-an.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.