Skip to main content

Dunia

Penyanyi kumpulan pop Seventeen kebumikan isterinya, Dylan Sahara

Penyanyi utama bagi kumpulan pop Indonesia, Seventeen, Riefian Fajarsyah mengebumikan isterinya Dylan Sahara, hari ini (25 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Dec 2018 04:51PM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 12:03AM

JAKARTA: Penyanyi utama bagi kumpulan pop Indonesia, Seventeen, Riefian Fajarsyah mengebumikan isterinya Dylan Sahara, hari ini (25 Dis). Dylan terkorban setelah tragedi tsunami membadai pentas semasa kumpulan itu membuat konsert terbuka, yang turut meragut nyawa tiga anggota lain kumpulannya.

Rakaman video dramatik yang dimuatnaikkan secara online menunjukkan para perminat sedang bertepuk-tepuk tangan dan bersorak sebelum ombak tersebut menyapu pentas itu, sekali gus mengakibatkan anggota-anggota Seventeen terjatuh dari pentas dan merempuh para penonton di sana.

Penyanyi utama Riefian Fajarsyah memuat naik satu rakaman video dirinya di media sosial membelai keranda isterinya, yang merupakan pelakon dan personaliti TV, Dylan Sahara, di bandar kelahirannya Ponorogo di bahagian timur pulau Jawa.

"Bagaimana harus saya hidup tanpa kamu, Dylan Sahara?" tulis Fajarsyah di satu catatan di akaun Instagram miliknya yang mempunyai ramai pengikut.

"Terima kasih semua atas doa-doa anda. Hanya Tuhan yang boleh membalas jasa baik anda. Tolong panjatkan doa untuk isteri saya Dylan, supaya beliau tenang."

Dylan- yang sepatutnya bertanding dalam pilihan raya parlimen Indonesia, tahun depan - dikenal pasti di hospital pada lewat Isnin (24 Dis), menurut laporan-laporan media Indonesia.

Dylan, 25 tahun itu adalah anak perempuan seorang ahli politik terkenal Indonesia, turut berada di tempat kejadian apabila tsunami itu membadai acara konsert itu di tempat peranginan Tanjung Lesung di bahagian hujung barat Jawa.

Ia merupakan sehari sebelum hari ulang tahun yang ke-26 Dylan.

Ini kata-kata yang begitu meruntun hati dari Fajarsyah dalam satu catatan online beliau di Instagram:

"Istriku memang bukan manusia yang sempurna, begitupun aku. Tapi dia ga pernah berhenti buat terus terus menjadi istri yang baik, i know you have tried your best and it’s not easy for you, but you did it baby. Dan buatku memang dia adalah istri terbaik yang mungkin diberikan Allah buatku, I couldn’t ask for more ya Allah.

"Sayang, Allah mempertemukan kita, Allah pula yang memisahkan kita. Doain suamimu agar menjadi suami yang sholeh, biar aku bisa menuntut hak ku buat berpasangan denganmu di akhirat nanti untuk selamanya."

Ribuan pesanan dimuatnaikkan di akaun-akaun media sosial Fajarsyah pada Selasa (25 Dis), termasuk daripada para selebriti dan ahli politik.

Majlis pengembumian diadakan pada Isnin bagi pemain bes, pemain gitar, Pengurus kumpulan dan seorang anggota kru yang terkorban akibat bencana alam itu. Pemain guitar itu turut disahkan sudah meninggal dunia.

Fajarsyah, 35 tahun, satu-satunya anggota Seventeen yang masih hidup, sudah mengeluarkan enam buah album dan mempunyai jumlah peminat yang besar di Indonesia.

Tanpa sebarang amaran, tsunami kuat tersebut membadai kawasan-kawasan pantai popular di bahagian selatan Sumatera dan bahagian hujung barat Jawa, memusnahkan hotel-hotel dan rumah-rumah di tepi pantai. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita