Penyanyi Jay Jay meninggal dunia pada usia 66 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Mediacorp WARNA 942/Facebook)
KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda, Jay Jay, 66 tahun, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya malam tadi (4 Ogos).
Berita pemergian Jay Jay atau nama sebenar, Mohd Fauzi Darus disahkan oleh Hattan selepas dimaklumkan isteri Jay Jay yang dikenali sebagai Zaitoon, lapor BH Online.
"Saya baru sahaja bercakap dengan isteri arwah dan dia beritahu Jay Jay meninggal kira-kira jam 9.00 malam tadi.
"Jenazah masih berada di hospital dan sedang diuruskan," katanya kepada BH Online.
Bagaimanapun butiran mengenai punca pemergian Allahyarham Jay Jay belum diketahui.
Pada Mei lalu, Allahyarham Jay Jay dilapor menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mendapat serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur.
Allahyarham bagaimanapun dilapor mengalami angin ahmar selepas pembedahan dan perlu menjalani rawatan fisioterapi, menurut laporan BH Online.
Kerjaya seni Allahyarham Jay Jay bermula sebagai vokalis dan pemain bes kumpulan Carefree, yang cukup popular dengan lagu Rindu Bayangan.
Bersama Carefree, Allahyarham Jay Jay sempat merakamkan empat album termasuk album kompilasi.
Allahyarham Jay Jay kemudian meneruskan kerjaya seni secara solo dan menghasilkan tujuh album.
Antara lagu popular arwah adalah Kau Yang Tersendiri, Keasingan Dalam Luka, Cukuplah Sekali dan banyak lagi.
Allahyarham Jay Jay pernah berpadu suara dengan penyanyi Dayangku Intan menerusi lagu Kita Insan Biasa dan Peralihan Zaman.
Selain itu, beliau berduet dengan Ning Baizura menerusi lagu Erti Pertemuan.
Populariti Jay Jay sebagai penyanyi solo terus memuncak apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 1988.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.