Penyampai berita tersasul panggil isteri 'Sayang' ketika bertugas bersama
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TikTok/samsiasamsi
KUALA LUMPUR: Nazri Fahmie yang merupakan penyampai berita utama dikatakan tersasul memanggil ‘sayang’ ketika sama-sama bertugas dengan isterinya, Samsia Samsi secara langsung.
Apabila sudah bergelar suami isteri, mesti masing-masing akan ada panggilan manja tersendiri bukan?
Boleh dikatakan lumrah apabila sudah berumahtangga bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain, seperti dinukil daripada laporan therakyatpost.
Baru-baru ini, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penyampai berita di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Nazri Fahmie dan Samsia Samsi tular di media sosial selepas mereka berpeluang untuk bertugas bersama ketika siaran langsung.
Menerusi perkongsian video dimuat naik di laman TikTok (samsiasamsi), Encik Nazri yang pada ketika itu merupakan penyampai berita utama perlu menyerahkan tugas kepada isterinya, Cik Samsia untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laporan kejadian, lapor therakyatpost.

Apa yang mencuit hati orang ramai adalah apabila Encik Nazri dikatakan tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika ingin menyerahkan tugas kepada Cik Samsia.
Video yang dimuat naik pada 24 Ogos mendapat lebih 1.9 juta tontonan setakat ini.
Di ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan telatah Encik Nazri yang dikatakan gementar ketika diusik oleh rakan sekerja ketika sedang bertugas bersama-sama dengan isteri secara langsung.
Ramai yang mendakwa mereka terdengar panggilan ‘sayang’ ketika siaran langsung itu, lapor therakyatpost.
Tetapi Cik Samsia menjelaskan bahawa suaminya hanya tersalah sebut namanya dan tidak menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang dikatakan oleh orang ramai.
Meskipun mereka bekerja di lokasi yang sama, tetapi bukan selalu dapat jadual bertugas yang sama.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.