Skip to main content

Dunia

Penyakit demam babi Afrika dikesan di 2 ladang di Perak

Anggaran Waktu Membaca:
Penyakit demam babi Afrika dikesan di 2 ladang di Perak

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 20 Sep 2022 02:10PM
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang komersial ternakan itu di daerah Kerian, Perak pada Sabtu (17 Sep) dan Ahad (18 Sep) lalu.

Kenyataan DVS pada Isnin (19 Sep) memaklumkan perkara itu disahkan melalui ujian reaksi rantai polimerase oleh Institut Penyelidikan Veterinar dan tindakan kawalan serta pencegahan rebakan penyakit ASF sudahpun dilaksanakan.

“Ladang dijangkiti telah disita dan ditahan daripada sebarang pergerakan keluar masuk khinzir dan kenderaan selain pemantauan (survelan), pemeriksaan klinikal dan persampelan di ladang babi komersial di kawasan terjangkit turut dilakukan.

“Bilik Gerakan di DVS Perak dan Pejabat Veterinar Daerah Kerian telah diaktifkan dengan penglibatan Pejabat Daerah Kerian. Syarat pindah babi dan produk babi dari negeri Perak ke seluruh Semenanjung Malaysia juga diperketat,” menurut kenyataan itu.

Katanya selain itu, tindakan pelupusan segera ke atas baki populasi ternakan tersebut di ladang terjangkit ASF dan daya jejak ke atas kenderaan pengangkut babi yang terlibat dengan ladang dijangkiti turut dilaksanakan.
 

Menurut DVS, setakat ini wabak berkenaan terkawal dan jangkitan hanya berlaku di daerah Kerian namun orang ramai dinasihatkan agar tidak panik kerana penyakit ASF bukan zoonotik (tidak berjangkit pada manusia) dan semua pihak diminta membuat laporan jika terdapat kematian luar biasa serta tanda klinikal yang disyaki penyakit terjangkit dari ternakan terbabit di ladang komersial dan rumah sembelih.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita