Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penutupan ruang udara Sudan dilanjut sehingga 31 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.

Dalam notis yang dikeluarkan kepada juruterbang, pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa ruang udara Sudan akan ditutup kepada semua penerbangan sehingga akhir bulan ini, kecuali penerbangan kemanusiaan dan pemindahan yang mendapat kebenaran, lapor Sputnik.

Sebelum ini, penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 10 Julai.

Pada 15 April, pertempuran berlaku antara Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces. Sejak itu, beberapa gencatan senjata sementara sudah dicapai, tetapi konflik masih berlarutan.

Bulan lalu, Timbalan Pengerusi Majlis Berdaulat Peralihan Sudan, Malik Agar, berkata ketika pertemuan dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov, delegasi Sudan sudah memohon bantuan Mosko untuk menyelesaikan konflik itu.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan