Skip to main content

Dunia

Penutupan laluan arah utara di Linkedua antara Malaysia-SG pada 23 Jul

Anggaran Waktu Membaca:
Penutupan laluan arah utara di Linkedua antara Malaysia-SG pada 23 Jul

Infogrrafik menjelaskan penutupan di Linkedua. (Gambar: JASM)

Diterbitkan : 20 Jul 2025 07:29AM Dikemas Kini : 20 Jul 2025 07:30AM
JOHOR BAHRU: Penutupan penuh laluan (arah utara) dan pengaktifan laluan kontra (arah selatan) di antara Kompleks Sultan Abu Bakar, Malaysia dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura di KM0.6 hingga KM1.70 di Lebuhraya Linkedua akan dilaksanakan Rabu depan (23 Jul).

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penutupan ini dilaksanakan bagi tujuan latihan simulasi kecemasan tumpahan kimia sempena program Jawatankuasa Bersama Alam Sekitar Malaysia-Singapura (MSJCE) 2025.

"Penutupan tersebut dijadualkan bermula pukul 4.00 pagi hingga 2.00 petang.

"Sepanjang tempoh latihan itu, trafik yang menghala ke utara akan dilencongkan melalui laluan kontra arah selatan yang disediakan," menurut MBPG dalam catatan di Facebooknya.

Latihan bersama ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan tindakan antara agensi-agensi Malaysia dan Singapura dalam menangani insiden tumpahan bahan kimia di Lebuhraya Linkedua.
Sumber : Bernama/IM/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita