Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunjuk perasaan tuduh Presiden Filipina lakukan pembunuhan di luar bidang kuasa kehakiman

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke ibu kota Filipina, Manila bagi membantah apa yang disifatkan sebagai peningkatan pada jumlah kes pembunuhan di luar bidang kuasa undang-undang dan ketidakadilan lain di bawah pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr.

Para penunjuk perasaan yang dipimpin oleh sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Filipina, berhimpun di dataran awam di Manila sebelum berarak ke Istana Presiden bagi menuntut keadilan untuk para mangsa.

Polis menganggarkan hampir 800 penunjuk perasaan menyertai perhimpunan itu, yang secara kebetulan diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Cristina Palabay daripada kumpulan hak asasi Karapatan berkata di bawah kempen menentang pemberontakan oleh pentadbiran Presiden Marcos, kumpulan itu
mencatatkan sekurang-kurangnya 17 kes pembunuhan di luar bidang kehakiman, selain empat lagi kes keganasan di mana mangsanya terselamat.

Jumlah tahanan politik juga semakin meningkat kepada 828 yang ditahan setakat 30 November lalu.

Menurut Palabay, sekurang-kurangnya 25 daripada mereka ditahan selepas Encik Marcos menyandang jawatan presiden pada Jun lalu.

"Selain jumlah ini, tiada keadilan bagi mangsa pembunuhan di luar bidang kuasa undang-undang," kata Encik Palabay dalam kenyataannya.

"Budaya bebas daripada hukuman semakin meningkat."

Menurut pihak penganjur, para penunjuk perasaan di Manila dan bahagian-bahagian lain di negara itu turut termasuk keluarga aktivis yang hilang atau diseksa semasa pentadbiran bapa Encik Marcos, iaitu Ferdinand Marcos.

"Kami berkumpul sebagai keluarga mangsa daripada rejim berbeza," kata pengerusi kumpulan mangsa hak asasi manusia, Evangeline Hernandez.

"Setiap Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa, kami akan menyeru keadilan dan komited untuk tidak membiarkan perkara seperti ini berlaku pada orang lain," tambah beliau.

Kumpulan hak asasi manusia Karapatan menyatakan pentadbiran semasa juga meningkatkan penggunaan undang-undang untuk menyekat perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara, akhbar dan pertubuhan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan