Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunjuk perasaan Sri Lanka undur diri dari bangunan pemerintah; berikar teruskan perjuangan

Anggaran Waktu Membaca:
Penunjuk perasaan Sri Lanka undur diri dari bangunan pemerintah; berikar teruskan perjuangan

Beberapa orang awam mengibarkan bendera Sri Lanka selepas mereka melontar ke belakang tong gas pemedih mata dan menolak komando elit pada 13 Julai 2022 dalam usaha menduduki premis di Colombo. (Gambat: AFP)

COLOMBO: Para penunjuk perasaan antipemerintah Sri Lanka pada Khamis (14 Jul) berkata akan menamatkan pendudukan mereka ke tas bangunan-bangunan rasmi. Namun, mereka berikrar untuk meneruskan usaha mereka bagi menjatuhkan presiden dan perdana menteri ketika negara itu bergelut dengan krisis ekonomi yang teruk. 

Para penunjuk perasaan mencerobohi kediaman Presiden Gotabaya Rajapaksa pada hujung minggu lalu, memaksa beliau melarikan diri ke Maldives pada Rabu (13 Jul), apabila para aktivis turut menyerbu Pejabat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe.

Encik Rajapaksa berjanji akan meletak jawatan pada Rabu, namun tiada pengumuman beliau sudah berbuat demikian. 

Perdana Menteri, yang dilantik oleh Encik Rajapaksa selaku pemangku presiden sewaktu ketiadaannya, menuntut agar orang ramai meninggalkan bangunan-bangunan pemerintah. Encik Wickremesinghe juga mengarahkan pasukan keselamatan supaya melakukan "apa saja yang perlu bagi mengembalikan keamanan".

"Kami sedang mengundurkan diri secara aman dari Istana Presiden, Sekretariat Presiden dan Pejabat Perdana Menteri dengan serta-merta, namun akan meneruskan perjuangan kami," kata seorang jurucakap wanita bagi pihak penunjuk perasaan. 

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen selepas ribuan penunjuk perasaan menawan pejabatnya di Colombo, Encik Wickremesinghe mengisytiharkan: "Mereka yang pergi ke pejabat saya mahu menghalang saya daripada melaksanakan tanggungjawab saya sebagai presiden."

"Kami tidak boleh membenarkan fasis mengambil alih. Itulah sebabnya saya mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan perintah berkurung."

Perintah berkurung itu ditarik balik pada waktu subuh hari Khamis tetapi polis menyatakan seorang askar dan seorang konstabel cedera dalam pertempuran dengan para penunjuk perasaan, yang berlaku semalaman di luar bangunan parlimen. 

Hospital utama di Colombo menyatakan sekitar 85 orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan pada Rabu, dengan seorang lelaki sesak nafas dan meninggal dunia selepas serangan gas pemedih mata dilancarkan di Pejabat Perdana Menteri. 

Encik Rajapaksa sudah berulang kali memberi jaminan kepada Speaker Parlimen bahawa beliau akan meletak jawatan pada Rabu, namun surat peletakan jawatannya masih belum diterima setakat awal Khamis, menurut seorang pegawai kanan kepada Speaker Mahinda Yapa Abeywardena.

Parlimen Sri Lanka dijangka menamakan seorang presiden sepenuh masa yang baru pada 20 Julai ini. Satu sumber kanan parti pemerintah memberitahu Reuters bahawa Encik Wickremesinghe adalah pilihan pertama parti meskipun tiada sebarang kata putus setakat ini. 

Sementara itu di pihak pembangkang pula, pemimpin utamanya, Sajith Premadasa, anak lelaki kepada seorang mantan presiden, menjadi pilihan untuk menyandang jawatan presiden. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan