Penunjuk perasaan serbu penjara Bangladesh, bebaskan 'beratus-ratus' banduan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
DHAKA: Para penunjuk perasaan dalam kalangan pelajar Bangladesh menyerbu sebuah penjara pada Jumaat (19 Jul) lalu membebaskan beratus-ratus banduan sebelum membakar kawasan itu.
Demikian dilaporkan seorang pegawai polis kepada AFP.
Ia berlaku di tengah-tengah bantahan terhadap peraturan pengambilan kakitangan awam, yang mana pihak polis masih berusaha meredakan pergolakan yang berlaku.
Pegawai polis, yang bercakap dengan syarat identitinya tidak didedahkan, mengatakan beliau tidak tahu bilangan banduan yang dilepaskan tetapi yakin bahawa terdapat beratus-ratus mereka.
Sementara itu, Moushumi Sarker, seorang pegawai pemerintah di daerah Narsingdi, mengesahkan kejadian tersebut kepada AFP tetapi tidak memberi sebarang maklumat lanjut.
Sekurang-kurangnya 105 orang maut dalam pertempuran antara polis dengan para pelajar pada minggu ini.
Polis Dhaka mengambil langkah ketara dengan mengenakan larangan terhadap semua perhimpunan awam bagi menghalang keganasan itu daripada terus berlaku.
Menurut gambaran yang diberikan oleh kakitangan hospital, lebih daripada separuh angka korban yang dilaporkan pada minggu ini adalah akibat ditembak oleh polis.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.