Skip to main content

Dunia

Penunjuk perasaan Hong Kong kembali banjiri jalan, ingkar larangan polis

Para penunjuk perasaan Hong Kong kembali membanjiri jalan-jalan raya di kawasan bandar, tanpa menghiraukan larangan polis terhadap bantahan hari ini (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunjuk perasaan Hong Kong kembali banjiri jalan, ingkar larangan polis
Diterbitkan : 20 Oct 2019 10:12PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 10:14PM

HONG KONG: Para penunjuk perasaan Hong Kong kembali membanjiri jalan-jalan raya di kawasan bandar, tanpa menghiraukan larangan polis terhadap bantahan hari ini (20 Okt).

Polis melepaskan gas pemedih mata sedang puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di sepanjang jalan raya utama di Kowloon.

Para penunjuk perasaan berarak dari Tsim Sha Tsui ke terminal kereta api di barat Kowloon.

Bagaimanapun bantahan menjadi ganas apabila ada kumpulan yang mencetuskan kebakaran dan merosakkan kedai-kedai serta stesen-stesen kereta api.

Polis menggunakan pancutan air yang memaksa penunjuk perasaan beredar ke arah Mong Kok.

Kekacauan juga memaksa pengendali MTR untuk menutup stesen-stesen kereta api di kawasan itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh sebuah Kumpulan Hak Asasi Kemanusiaan untuk menggesa masyarakat antarabangsa supaya terus meningkatkan tekanan ke atas pemerintah Hong Kong. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita