Penunggang yang tidak pakai topi keledar diarah buat 'karangan' beri penjelasan
Para penunggang motosikal di Madhya Pradesh, dituntut menulis karangan sekiranya mereka ditahan pihak polis trafik daerah itu kerana tidak memakai topi keledar.
Para penunggang motosikal di Madhya Pradesh, dituntut menulis karangan sekiranya mereka ditahan pihak polis trafik daerah itu kerana tidak memakai topi keledar.
NEW DELHI: Para penunggang motosikal di Madhya Pradesh, dituntut menulis karangan sekiranya mereka ditahan pihak polis trafik daerah itu kerana tidak memakai topi keledar.
Hindustan Times melaporkan bahawa sejak enam hari lalu, lebih 150 penunggang motosikal yang ditahan atas kesalahan sama, diminta menulis sebuah karangan 100 patah perkataan bagi menjelaskan kenapa mereka gagal memakai topi keledar.
Inisiatif itu dilancarkan sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya yang berakhir Jumaat lalu. Pemakaian topi keledar adalah amat penting bagi keselamatan para penunggang motosikal.
Menurut Asisten Superintendan Polis Pradeep Chouhan, sepanjang kempen itu para penunggang yang gagal memakai topi keledar diarah berbuat begitu kerana melanggar undang-undang tersebut. Mereka akan diminta membutirkan sebab musabab mereka tidak mematuhinya.
Menurutnya lagi, inisiatif itu akan diteruskan meskipun kempen keselamatan sudah berakhir, lapor Hindustan Times.
Sejak enam hari, penguatkuasaan undang-undang itu meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dengan mengedarkan risalah-risalah mengenai undang-undang trafik dan menganjurkan pemeriksaan mata bagi para pemandu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.