Skip to main content

Dunia

Penunggang motosikal maut langgar jalan berlubang di M'sia

Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh, apabila motosikal ditunggangnya dipercayai telah melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini hari ini (3 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal maut langgar jalan berlubang di M'sia

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 07:41PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 07:47PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh, apabila motosikal ditunggangnya dipercayai telah melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini hari ini (3 Jan).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis menerima laporan pada pukul 7.30 pagi tadi. Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley, terbabas sendiri dan dipercayai telah melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita