Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunggang motosikal lawan arus, maut selepas bertembung kereta

Akibat menunggang motosikal secara melawan arus, seorang lelaki maut apabila kenderaannya itu bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di jalan susur Taman Nusa Idaman, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Iskandar Puteri, hari ini (28 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal lawan arus, maut selepas bertembung kereta

Kemalangan berlaku di jalan susur Taman Nusa Idaman, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Iskandar Puteri. (Gambar: Media Viral Johor/Facebook)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 04:52PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 04:56PM

JOHOR BAHRU: Akibat menunggang motosikal secara melawan arus, seorang lelaki maut apabila kenderaannya itu bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di jalan susur Taman Nusa Idaman, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) di Iskandar Puteri, hari ini (28 Dis).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian pada sekitar pukul 7.00 pagi itu menyebabkan mangsa, G.Siritar, 35, yang bekerja sebagai kelindan lori di Singapura, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian penunggang motosikal (Siritar) yang melawan arus menuruni susur dari arah Taman Nusa Idaman menghala ke Link Kedua, lalu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan,” kata ACP Dzulkhairi menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan turut menyebabkan pemandu kereta berusia 26 tahun itu cedera pada bahagian muka dan kepala. Pemandu kereta itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi mendapatkan rawatan.

ACP Dzulkhairi berkata Siritar berasal dari Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, dan mayatnya pula dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk menjalani bedah siasat.

Menurut beliau, kemalangan itu berlaku dalam keadaan cuaca baik dan tiada sebarang kekeliruan tanda jalan‪.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambahnya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan