Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penunggang motosikal ke Malaysia boleh guna kod QR bagi pelepasan imigresen mulai 15 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal ke Malaysia boleh guna kod QR bagi pelepasan imigresen mulai 15 Ogos

Gambar: AFP/Catherine Lai

Diterbitkan : 13 Aug 2024 12:59PM Dikemas Kini : 13 Aug 2024 01:01PM

SINGAPURA: Sistem pelepasan imigresen menggunakan Kod QR di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan diluaskan meliputi penunggang dan pembonceng motosikal mulai Khamis (15 Ogos).

Demikian menurut kenyataan media Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (13 Ogos).

Proses pelepasan menggunakan sistem Kod QR itu lebih mudah dan pantas.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif ICA untuk menyediakan pelawat dengan pengalaman pelepasan imigresen bebas pasport di bawah Konsep Pelepasan Baharu.

Sistem pelepasan menggunakan kod QR di pusat pemeriksaan darat itu membenarkan pelawat untuk mengumpulkan butiran kesemua pelawat lalu menghasilkan satu kod QR secara berkumpulan. Penunggang dan pembonceng motosikal hanya perlu menunjukkan satu kod QR berkumpulan bagi pelepasan imigresen berbanding mengimbas dua pasport, sekali gus mengurangkan masa yang diambil bagi pelepasan imigresen.

Selain itu, ICA juga telah meningkatkan lagi Sistem Pengenalan Biometrik Bagi Penunggang Motosikal atau Bikes.

Jalur cahaya telah dipasang agar penunggang motosikal dapat lihat sama ada cap jari mereka telah disahkan atau perlu dilakukan semula.

Pelaksanaan dua sistem itu dapat mengurangkan masa proses pelepasan imigresen bagi penunggang dan pembonceng motosikal sebanyak 30 peratus.

s
Gambar: ICA


Bagi pelawat menggunakan sistem pelepasan imigresen kod QR di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian:

  •  Kod QR yang tidak sepadan dengan butiran penunggang atau pembonceng motosikal, atau mengandungi butiran lebih daripada dua pasport dalam kod QR berkumpulan, akan ditolak. Penunggang dan pembonceng motosikal kemudiannya perlu menyerahkan pasport mereka bagi pelepasan imigresen.
  • Pelawat mesti membawa pasport mereka memandangkan ICA masih memerlukan pasport bagi pengesahan. Pelawat malah, turut memerlukan pasport masing-masing bagi pelepasan imigresen di luar negara.
  • Pelawat mesti mengemas kini kod QR mereka jika mereka mendapat pasport baharu. Jika tidak, kod QR itu akan ditolak apabila ditunjukkan di pusat pemeriksaan tersebut.
  • Pelawat asing kali pertama dan warga asing yang memasuki semula Singapura menggunakan pasport berbeza daripada kali terakhir mereka ke negara ini, perlu menyerahkan pasport mereka bagi pelepasan imigresen. Mereka boleh melalui pelepasan imigresen menggunakan kod QR bagi perjalanan seterusnya.

Dalam usaha untuk memastikan lebih ramai pelawat dapat diberi pengalaman pelepasan bebas pasport di pusat pemeriksaan darat, ICA merancang untuk memperluaskan inisiatif sistem pelepasan kod QR itu kepada pemandu kenderaan kargo serta kelindan yang menemani mereka mulai 30 Ogos nanti, dan kepada penumpang bas selewat-lewatnya Dis tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan