Penumpang Thai Lion Air diheret keluar pesawat setelah berkeras mahu tukar tempat duduk
Seorang penumpang diheret keluar dari sebuah pesawat Thai Lion Air pada Rabu (25 Jun) selepas dia dilaporkan menuntut untuk menukar tempat duduk kerana tempat duduknya di sebelah tingkap pesawat tidak mempunyai ruang kaki yang mencukupi.
Seorang lelaki diheret keluar dari sebuah pesawat Thai Lion Air pada 25 Jun 2025 selepas dilaporkan bertengkar dengan kru kabin mengenai permintaannya untuk ditukar tempat duduk. (Imej: X/CollinRugg)
Lelaki itu berasa tidak puas hati dan bertengkar dengan beberapa anak kapal selepas permintaannya untuk ditukar ke tempat duduk bersebelahan pintu kecemasan ditolak, menurut laporan New York Post dan majalah People.
Tempat duduk sedemikian lazimnya lebih mahal kerana ia menyediakan lebih banyak ruang kaki berbanding tempat duduk ekonomi yang biasa.
Dalam satu video viral yang dimuat naik ke platform X, pihak berkuasa dilihat menarik keluar penumpang itu, yang memakai kemeja-t berwarna jingga, daripada tempat duduknya.
Lelaki itu diheret keluar daripada pesawat tersebut dan diiringi oleh sekurang-kurangnya lima individu.
Para penumpang lain menyifatkan lelaki itu "hanya mementingkan diri sendiri" dan ada yang menyuruhnya "keluar dari pesawat itu", manakala seorang lagi kedengaran berkata: "Apabila anda suruh saya minta maaf bagi apa yang saya katakan, jangan lupakan itu."
The Mirror melaporkan keengganan lelaki itu memberi kerjasama bermakna pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok lewat sejam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.