Skip to main content

Dunia

Penumpang pesawat dakwa 'terpaksa lepas hajat di tempat duduk kerana dihalang ke tandas'

 Seorang wanita mendakwa beliau terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam selepas anak kapal pesawat tidak membenarkannya menggunakan tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang pesawat dakwa 'terpaksa lepas hajat di tempat duduk kerana dihalang ke tandas'

Seorang wanita mendakwa beliau terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 02 Oct 2019 09:39AM Dikemas Kini : 02 Oct 2019 09:44AM

DUBLIN: Seorang wanita mendakwa beliau terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam selepas anak kapal pesawat tidak membenarkannya menggunakan tandas.

Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa diperlakukan sedemikian dalam penerbangan Air Canada dari Dublin ke Canada.

Menurut laporan portal Irish Central, wanita itu memohon kebenaran daripada anak kapal beberapa kali untuk menggunakan tandas, tetapi dihalang.

"Saya bertanya sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam sama ada boleh menggunakan tandas atau tidak.

"Saya sudah tidak dapat bertahan lagi, kemungkinan besar berlaku insiden jika mereka tidak benarkan saya gunakan tandas.

"Saya bertegas namun diarah kembali ke tempat duduk, dan akhirnya berlakulah ‘insiden’ itu," katanya.

Wanita itu mendakwa beliau dipaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam hingga pesawat tiba di Toronto.

Beliau berkata bahawa beliau berasa "amat malu" dan tidak diendahkan oleh para anggota anak kapal sepanjang perjalanan tersebut.

Disebabkan ‘insiden’ tersebut, beliau terpaksa menyewa bilik hotel di Toronto untuk mandi dan menyalin pakaian.

Air Canada dilaporkan menawarkan baucar bernilai CA$500 (S$524) untuk penerbangan seterusnya, namun wanita itu menolak tawaran itu kerana tidak setimpal dengan kejadian memalukan yang menimpa dirinya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita