Skip to main content

Dunia

Penumpang panik; lelaki cuba buka pintu pesawat disangka tandas!

Seorang lelaki yang menaiki pesawat GoAir dari New Delhi ke Patna membuat semua penumpang panik apabila beliau ingin membuka pintu belakang pesawat yang disangkanya adalah pintu tandas.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang panik; lelaki cuba buka pintu pesawat disangka tandas!

Gambar hiasan. (Gambar: Tiziana Fabi/AFP)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 09:37PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 09:43PM

Mumbai: Seorang lelaki yang menaiki pesawat GoAir dari New Delhi ke Patna membuat semua penumpang panik apabila beliau ingin membuka pintu belakang pesawat yang disangkanya adalah pintu tandas.

Mujur, seorang penumpang yang terlihat perbuatannya itu membunyikan penggera kecemasan dan lelaki itu ditahan kru pesawat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurut laporan media tempatan, lelaki yang bernama Mohammad Sanowar Khan itu mengaku yang beliau keliru kerana itu adalah pengalaman pertamanya menaiki pesawat.

Insiden ini berlaku seminggu selepas lebih 30 penumpang Jet Airways mengalami pendarahan telinga dan hidung setelah kru pesawat gagal mengaktifkan suis kawal tekanan kabin. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita