Penumpang merangkak sepanjang lorong pesawat gara-gara disuruh bayar bagi khidmat kerusi roda
Anggaran Waktu Membaca:
Pesawat Jetstar di Lapangan Terbang Changi. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)
SINGAPURA: Seorang penumpang dari Queensland yang memerlukan khidmat kerusi roda terpaksa merangkak di lorong pesawat selepas diberitahu oleh anak kapal Jetstar bahawa beliau perlu membayar untuk menggunakan kerusi lorong untuk turun dari pesawat.
Dalam catatan Facebook pada Isnin (31 Okt), Cik Natalie Curtis menyifatkan insiden itu sebagai "pengalaman paling hina yang pernah saya lalui ketika saya dalam perjalanan".
Cik Curtis berada dalam penerbangan Jetstar dari Singapura ke Bangkok minggu lalu apabila kejadian tersebut berlaku.
Stesen berita televisyen Australia 7NEWS melaporkan bahawa beliau enggan membayar kos tambahan bagi kerusi lorong - iaitu kerusi roda khas digunakan untuk turun dari pesawat.
Beliau juga berkata beliau tidak pernah membayar bagi perkhidmatan itu, maka beliau memutuskan untuk merangkak keluar daripada pesawat itu untuk ke kerusi rodanya.
Menurut 7NEWS, Cik Curtis menaiki penerbangan dari Brisbane ke Singapura tanpa sebarang kekecohan dan penerbangan dari Singapura ke Bangkok menggunakan kerusi lorong untuk ke tempat duduknya.
Hanya apabila beliau tiba di Bangkok, Cik Curtis disuruh membayar jika mahu menggunakan kerusi lorong tersebut.
Jetstar sudah meminta maaf kepada Cik Curtis.
Dalam respons kepada Mediacorp, seorang jurucakap Jetstar berkata pada Isnin: "Kami komited untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan kami, termasuk mereka yang memerlukan bantuan khusus".
"Malangnya, ia tidak berlaku bagi Cik Curtis berikutan salah faham yang mengakibatkan kelewatan kerusi lorong disediakan di pintu masuk ketika ketibaan dan kami sedang menyiasat apa yang berlaku dengan segera."
“Penggunaan kerusi lorong tidak pernah ditahan disebabkan permintaan bayaran," tambahnya.
Jetstar menambah bahawa pasukan pelanggannya menghubungi Cik Curtis untuk lebih memahami apa yang berlaku dan menawarkan bayaran balik kepadanya, serta pampasan tambahan.
Mediacorp memahami bahawa Jetstar Airways tidak memerlukan bayaran bagi penggunaan kerusi lorong. Kerusi lorong juga diminta semasa ketibaan tetapi anak kapal dinasihatkan bahawa ia tidak dapat disediakan untuk sekurang-kurangnya 40 minit.
Sementara itu, kerusi roda Cik Curtis dibawa ke dalam pesawat tetapi terlalu besar untuk dimuatkan di lorong pesawat.
Akhirnya, beliau memutuskan untuk bergerak sendiri dari tempat duduknya ke bahagian hadapan di mana kerusi rodanya berada.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.