Penumpang ditahan naiki penerbangan Delta dari New York ke Paris tanpa tiket
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Seorang penumpang menaiki penerbangan Delta Air Lines dari New York ke Paris tanpa sebarang tiket dan berjaya mengelak dua pemeriksaan pas masuk pesawat.
Ini sekali gus menyebabkan kedua-dua Delta dan Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat untuk mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan tentang bagaimana ia boleh berlaku.
Polis Perancis menaiki pesawat berkenaan di Paris dan membawa keluar penumpang itu lalu menahannya pada Rabu (27 Nov) sebelum penumpang lain dibenarkan keluar pesawat, lapor CNN, memetik seorang penumpang bertiket dalam penerbangan itu.
Penerbangan Delta 264 berangkat dari Lapangan Terbang JFK New York pada Selasa malam dan mendarat di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada Rabu.
TSA menyatakan individu itu diperiksa secara fizikal sebelum menaiki pesawat dan memasuki kapal terbang itu tanpa sebarang barang terlarang.
"Individu itu mengelak dua pengesahan identiti dan stesen status masuk pesawat lalu menaiki kapal terbang tersebut," jelas TSA dalam kenyataannya.
"TSA akan menyemak semula secara bebas keadaan yang menyebabkan insiden ini berlaku di stesen periksa dokumen perjalanan di JFK," tambahnya.
Penumpang biasanya perlu melalui sekurang-kurangnya dua pemeriksaan pas masuk pesawat - satu di pusat pemeriksaan TSA sebelum memasuki kawasan menaiki kapal terbang dan satu lagi oleh syarikat penerbangan di pintu masuk.
"Tiada yang lagi utama selain keselamatan. Itulah sebabnya Delta menjalankan pemeriksaan menyeluruh tentang apa yang mungkin boleh berlaku dan akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan penerbangan dan penguatkuasa undang-undang," jelas Delta dalam kenyataannya.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.