Penumpang cemas apabila bas ekspres 2 tingkat terbakar
Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah tiba-tiba terbakar di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak pada Ahad (8 Sep).

(Gambar: Bernama)
KUALA KANGSAR: Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah tiba-tiba terbakar di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak pada Ahad (8 Sep).
Difahamkan, bas yang membawa 12 penumpang dan dua pemandu itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang.
"Kebakaran berlaku selepas kesemua penumpang sudah turun di kawasan itu," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd Taufiq Abd Sattar kepada Bernama di sini hari ini (8 Sep).
Beliau berkata sekumpulan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya kemudiannya dihantar ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.
"Ketika jentera bomba tiba di lokasi kejadian, didapati api sedang marak membakar bas ekspres dua tingkat itu.
"Anggota bertugas kemudiannya segera memadamkan kebakaran tersebut dan berjaya mengawalnya dalam tempoh 10 minit namun bas itu musnah hampir 80 peratus," katanya, menurut laporan Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.