Penumpang Cathay ditangkap cuba buka pintu pasawat dalam penerbangan dari Boston ke Hong Kong
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
HONG KONG: Polis Hong Kong berkata pada Jumaat (12 Dis) mereka menahan seorang penumpang yang berada dalam penerbangan CX811 Cathay Pacific dari Boston ke Hong Kong, selepas syarikat penerbangan itu berkata individu terbabit cuba membuka pintu pesawat di tengah-tengah penerbangan pada 10 Disember.
Syarikat penerbangan itu menyatakan tiada penumpang atau anak kapal cedera dan penerbangan itu mendarat dengan selamat awal pada Khamis (11 Dis). Insiden itu kini ditangani oleh pasukan polis bandar.
"Kru kabin kami segera menangani situasi tersebut, memeriksa pintu untuk memastikan ia ditutup dengan selamat, dan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan polis," dedah Cathay.
"Kes itu diserahkan kepada polis untuk siasatan. Di Cathay, keselamatan pelanggan dan anak kapal kami diutamakan dalam setiap keputusan yang kami buat."
Polis Hong Kong mengesahkan kejadian itu dan berkata seorang lelaki berusia 20 tahun dari tanah besar China ditangkap awal Khamis kerana disyaki melanggar Ordinan Keselamatan Penerbangan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.