Skip to main content

Dunia

Penulis skrip Hollywood sertai pertandingan tilawah al-Quran antarabangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis skrip Hollywood sertai pertandingan tilawah al-Quran antarabangsa

(Gambar: Petikan skrin dari video YouTube)

RIYADH: Penulis skrip bagi filem and televisyen di Hollywood, Yasser Omar Shaheen merupakan salah seorang daripada peserta dalam episod terbaru pertandingan tilawah dan azan antarabangsa pada Sabtu (25 Mac).

Demikian menurut laporan Arab News.

Malah, warga Palestin-Amerika itu juga membuat para penonton kagum dengan suara dan bacaannya yang lunak.

Segmen bacaan Encik Yasser bermula pada minit ke-8.25.
Pertandingan televisyen 'Otr Elkalam', yang dikawal selia oleh Penguasa Hiburan Umum dan ditayangkan di MBC1 dan wadah digital Shahid, menawarkan hadiah bernilai SR12 juta (S$4.3 juta).

Encik Yasser berkata: "Kehidupan saya adalah gabungan menghafaz dan mengaji al-Quran dan menulis skrip di Hollywood, di mana saya menyelia penerbitan lebih 130 program, menerbitkan 14 dokumentari dan menyumbang kepada beberapa rancangan di saluran televisyen negara-negara Arab dan Islam."

Beliau juga gemar mengajar surah dan tajwid kepada kanak-kanak muslim di masjid-masjid di Dallas, Texas, lapor Arab News.

Encik Shaheen juga bekerja sebagai seorang anggota fakulti di Universiti San Jose di California.

Beliau bertanding dalam beberapa pertandingan sebelum memasuki 'Otr Elkalam'.

Episod pertama 'Otr Elkalam' pula menampilkan 32 peserta dari seluruh dunia, lapor Arab News.

Ia juga masing-masing memberi tumpuan kepada para pemenang tilawah dan azan tahun lalu, iaitu Younes Gharbi dari Maghribi dan Mohsen Kara dari Turki.

Pertandingan 'Otr Elkalam' dianjurkan bagi menarik perhatian kepada kepelbagaian budaya dalam dunia Islam serta qira'at membaca al-Quran dan azan.

Lebih 50,000 peserta dari 165 negara ikut bertanding, dengan hanya 50 peserta sahaja yang terpilih bagi peringkat akhir, yang diadakan di Riyadh.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita