Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penulis novel warga emas terkejut jualan melonjak selepas tular di TikTok

Anggaran Waktu Membaca:

VERMONT: Penantian 11 tahun seorang warga emas berakhir dengan kegembiraan selepas buku tulisannya yang dilancarkan mendapat sambutan hangat, baru-baru ini.

Memetik BBC, Lloyd Devereux Richards, bapa kepada tiga orang anak juga menghabiskan 14 tahun mengejar impiannya menulis sebuah novel mengenai kisah pembunuhan bersiri.

Hidup Encik Richards berubah selepas anak perempuannya memuat naik sebuah video selama 16 saat di TikTok dengan kapsyen “Saya amat gembira jika dia mendapat jualan."

Tidak lama kemudian, jualan novel itu melonjak ke tangga teratas di Amazon.

Berita mengenai populariti Encik Richards yang merupakan seorang peguam membuatkannya menangis ketika membaca komen yang tular di TikTok.

Anak perempuannya juga menangis, berterima kasih kepada peminat atas pembelian mereka.

"Kerana mereka, kamu nombor satu," katanya kepada ayahnya.

"Dia tidak tahu apa itu TikTok," tambah anak perempuannya itu.

Dalam pada itu, sebuah video tular menceritakan perjalanan panjang Encik Richards menamatkan penulisan novel berjudul Stone Maidens mendapat lebih daripada 40 juta tontonan.

TikTok yang merupakan platform video berdurasi pendek banyak membantu meningkatkan jualan buku dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk melalui hashtag #BookTok, yang digunakan pembaca untuk membincangkan pengarang kegemaran mereka dan pilihan buku.

Menurut laporan New York Times, pada tahun 2021 sahaja, BookTok membantu pengarang menjual 20 juta buku bercetak.

Sementara itu, Encik Richards tidak mengambil masa berehat lama untuk meraikan pencapaiannya itu yang mana beliau kini sedang menyiapkan sekuel novelnya.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan