Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penulis Marianne Williamson umum hasrat tanding jawatan Presiden AS pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis Marianne Williamson umum hasrat tanding jawatan Presiden AS pada 2024

(Gambar: Emma McIntyre/Getty Images/AFP)

WASHINGTON: Penulis buku bantu diri dan guru kerohanian dari Amerika Syarikat (AS) Marianne Williamson pada Khamis (23 Feb) mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) pada 2024.

Dalam temu bual dengan Perkhidmatan Berita Medill, Cik Williamson berkata beliau akan bertanding atas tiket Democrat, lapor agensi berita Anadolu.

Penulis itu dijangka akan mengumumkan pencalonannya secara rasmi pada 4 Mac.

Dengan ramai pemimpin dari kedua-dua sayap progresif dan perubuhan berkata mereka akan menyokong Presiden AS Joe Biden yang dijangka akan mengumumkan kempennya dalam masa beberapa minggu atau bulan akan datang, Cik Williamson merupakan ahli Democrat yang pertama untuk mencabar presiden berusia 80 tahun itu, lapor The Hill.

Cik Williamson menjadi terkenal semasa Pilihan Raya Presiden pada 2020, khususnya sewaktu beberapa perbahasan presiden pertama di mana kata-katanya yang berunsur kerohanian memikat orang ramai.

Namun, kempennya hanya bertahan selama setahun dan beliau akhirnya mengundurkan diri pada Januari 2020, menurut The Hill.

Encik Biden dijangka akan mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi mempertahankan jawatan tersebut dalam masa beberapa minggu akan datang, dedah beberapa sumber kepada The Hill pada bulan lalu, namun tidak jelas bila pengumuman itu akan dibuat.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan