Skip to main content

Dunia

Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan

Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada Khamis (10 Okt), sekali gus menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian, lapor Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 11 Oct 2024 09:33AM
SEOUL: Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada Khamis (10 Okt), sekali gus menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian, lapor Yonhap.

Akademi Sweden mengumumkan Han sebagai penerima anugerah tahun ini, mengiktiraf penulis berusia 53 tahun itu "untuk prosa puitisnya yang mendalam yang menghadapi trauma sejarah dan mendedahkan kerapuhan kehidupan manusia."

Han ialah wanita Asia pertama yang memenangi anugerah dalam bidang kesusasteraan dan penerima Hadiah Nobel kedua dari Korea Selatan selepas mantan Presiden Kim Dae-jung dianugerahi hadiah keamanan pada 2000.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita