Skip to main content

Dunia

Penulis kelahiran SG bertegas paparan amah Indonesia disalah faham susuli pengharaman bukunya di Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis kelahiran SG bertegas paparan amah Indonesia disalah faham susuli pengharaman bukunya di Malaysia

Gambar: Instagram/iamboey

Diterbitkan : 28 Sep 2023 06:09PM Dikemas Kini : 28 Sep 2023 06:10PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) mengharamkan penjualan buku novel grafik bertajuk 'When I Was A Kid 3' selepas terdapat bantahan oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Indonesia.


Penulis buku tersebut pada Khamis (28 Sep) memohon maaf atas bahan yang kesat dalam bukunya dan menegaskan bahawa ia disalah faham.

Kementerian tersebut memaklumkan, buku berkenaan mengandungi bahan yang 'berkemungkinan memberi prejudis kepada moral', sekali gus mengarahkan penjualannya dihentikan, lapor agensi berita BH Online.

Buku ditulis pada 2014 oleh penulis Malaysia yang lahir di Singapura yang dikenali sebagai Cheeming Boey, 45 tahun, yang kini menetap di Amerika Syarikat itu menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya, lapor BH Online.

Bagaimanapun, pada Jun lalu, beberapa rakyat Indonesia yang diketuai NGO Corong Rakyat mengadakan bantahan di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta terhadap penerbitan buku itu kerana mendakwa satu daripada petikan dalam buku terbabit menceritakan mengenai seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia dan dikritik secara tidak adil.

Corong Rakyat menuntut buku itu dihentikan penjualannya dan menggesa pihak berkuasa menyiasat motif di sebalik cerita dan ilustrasi yang disertakan, menurut BH Online.

Boey berkata bahawa beliau percaya larangan tersebut tercetus akibat satu bab, di mana bapanya menyamakan pembantu rumah warga Indonesia mereka dengan seekor monyet kerana dia boleh memanjat sebatang pokok dengan pantas untuk memetik buah kelapa. Beliau menyifatkannya sebagai "sungguh malang".

"Niat saya bukan untuk merendahkan tetapi memuji kelajuan pembantu rumah kami memanjat pokok kelapa itu - seperti seekor monyet. Saya kembali ke pokok tersebut kerana saya juga, ingin melihat jika saya dapat memanjat pokok tersebut pada kelajuan sedemikian," jelasnya dalam satu catatan di Instagram.

"Saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang terjejas oleh hal itu, dan mereka yang saya terguris hati tanpa sengaja," ujarnya.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita