Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penulis buku ditahan kerana hina nabi

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Seorang penulis buku ditahan pada Selasa (11 April) bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan memuat naik catatan menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada Khamis lalu (7 April).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor kira-kira 11.15 pagi dan turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik catatan tersebut.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap lelaki berkenaan akan dibuat pada Selasa (12 April).

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan