Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penulis blog Australia Yang Hengjun dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah China

Anggaran Waktu Membaca:
Penulis blog Australia Yang Hengjun dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah China

(Gambar: NICOLAS ASFOURI / AFP)

SYDNEY: Mahkamah Beijing pada Isnin (5 Feb) menjatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan ke atas penulis warga Australia Yang Hengjun, kata seorang rakan keluarganya.

Ini selepas lima tahun Yang ditahan buat pertama kalinya di China, dan tiga tahun sejak perbicaraan tertutup Yang atas tuduhan pengintipan.

Yang, seorang penulis blog prodemokrasi, adalah seorang warga Australia yang dilahirkan di China, dan bekerja di New York sebelum Yang diberkas di Lapangan Terbang Guangzhou pada 2019. Yang dituduh mengintip untuk sebuah negara yang tidak didedahkan China, dan butiran tentang kesnya juga tidak diketahui.

Sarjana Feng Chongyi yang berpangkalan di Sydney berkata bahawa sebuah mahkamah China pada Isnin menjatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan, dan boleh diubah kepada hukuman penjara seumur hidup selepas dua tahun.

Encik Feng berkata keputusan mahkamah China itu disampaikan kepadanya oleh keluarga Yang di mahkamah.

Menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak adil, Encik Feng menambah Yang telah menafikan dakwaan ke atasnya.

Encik Feng turut menyeru pemerintah Australia supaya meminta kelonggaran perubatan untuk Yang.

Pada Januari lalu,Menteri Luar Australia Penny Wong berkata dalam satu kenyataan, pemerintah Australia "sangat terjejas dengan penangguhan berterusan terhadap kes Yang".

Ia menarik perhatian bahawa Yang sudah ditahan lima tahun tanpa sebarang keputusan, dan menggesa kesejahteraannya dijaga "di tahap tertinggi".

Kementerian Luar China tidak memberikan respons kepada soalan Reuters.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan