Skip to main content

Dunia

Penularan Ebola diisytihar 'kecemasan antarabangsa'

Dalam satu langkah yang agak jarang dilakukan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan penyakit Ebola di Republik Demokratik Congo sekarang, sebagai satu kecemasan antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan Ebola diisytihar 'kecemasan antarabangsa'

Lambang Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di ibu pejabatnya di Geneva (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 06:21PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 06:24PM

BENI: Dalam satu langkah yang agak jarang dilakukan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan penyakit Ebola di Republik Demokratik Congo sekarang, sebagai satu kecemasan antarabangsa.

Ini adalah kali kelima tahap kecemasan sedemikian dikeluarkan WHO.

Sejak penularan Ebola bermula di Congo, 11 bulan lalu, hampir 1,700 orang maut.

WHO dijangka merayu sumbangan AS$700 juta (S$952 juta) yang diperlukan untuk mengekang penularan Ebola dan bertambahnya korban jiwa di Congo.

Negara-negara jiran Congo kini berisiko tinggi tetapi menurut WHO ia belum lagi satu ancaman sejagat.

WHO sebaliknya menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak menguatkuasakan larangan perjalanan atau perdagangan di rantau terjejas.

Kempen kesedaran tentang cara-cara melindungi diri daripada dijangkiti Ebola serta langkah vaksinasi, telah membantu menghadkan penularan penyakit itu, ke dua wilayah di timur laut Congo.

Namun keadaan politik yang tidak stabil serta kurangnya kepercayaan orang ramai kepada kakitangan kesihatan, merumitkan usaha membendung penularan Ebola.

Penyakit Ebola mudah berjangkit dan lazimnya meragut nyawa 50 peratus pesakitnya. 

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita