Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penularan COVID-19 di New South Wales dijangka capai paras kemuncak minggu depan

Penularan COVID-19 di New South Wales mungkin mencapai kemuncaknya pada minggu depan, dengan pertambahan 2,000 kes dijangkakan setiap hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan COVID-19 di New South Wales dijangka capai paras kemuncak minggu depan

Suasana di wilayah Victoria pada hari pertama perintah berkurung dalam usaha membendung penularan COVID-19 di Melbourne, Australia, pada 16 Julai 2021. (Gambar: Sandra Sanders/REUTERS)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 06:52PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 06:53PM

NEW SOUTH WALES: Penularan COVID-19 di New South Wales mungkin mencapai kemuncaknya pada minggu depan, dengan pertambahan 2,000 kes dijangkakan setiap hari.

Pemerintah wilayah Australia itu sedang berusaha untuk menggiatkan program vaksinasi sebelum sekatan-sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Pihak berkuasa menjangkakan lonjakan kes COVID-19 akan menambah lagi tekanan terhadap hospital-hospital New South Wales sehingga sekurang-kurangnya pertengahan bulan depan.

Berdasarkan keadaan penularannya sekarang, hospital-hospital di New South Wales mungkin mengalami permintaan tinggi bagi katil-katil ICU seawal bulan depan.

Pada Isnin (6 Sep), New South Wales melaporkan 1,200 kes baru COVID-19.

Sementara itu, Australia menerima 500,000 dos vaksin dari Britain iaitu kiriman pertama daripada 4 juta dos vaksin yang akan dihantar ke negara itu.

Australia juga mempunyai perjanjian dengan Singapura dan Poland untuk menangani bekalan vaksin Pfizer yang berkurangan bagi tempoh jangka pendek. 

Sumber : Agensi berita/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan