Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penularan cacar monyet boleh dibendung, kata pegawai WHO

Anggaran Waktu Membaca:
Penularan cacar monyet boleh dibendung, kata pegawai WHO

(Gambar: Kena Betancur/AFP)

Diterbitkan : 26 Jul 2022 08:06PM Dikemas Kini : 26 Jul 2022 08:06PM

GENEVA: Penularan pantas cacar monyet yang kini semakin merebak boleh dibendung, kata seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa (25 Jul). 

"Pada masa ini, kami percaya bahawa penularan cacar monyet boleh dibendung dengan strategi yang betul bagi kumpulan tertentu, tetapi masa terus bergerak dan kita semua harus berusaha untuk memastikan ia berlaku," kata Ketua Teknikal WHO bagi Cacar Monyet, Rosamund Lewis, kepada wartawan. 

Penularan itu merupakan darurat kecemasan sejagat, iaitu tahap amaran WHO paling tinggi, menurut Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Sabtu (23 Jul). 

Amaran WHO - "darurat kesihatan awam yang memprihatinkan masyarakat antarabangsa" - dilakarkan untuk mencetus tindak balas bersama antarabangsa dan memperuntukkan dana untuk bekerjasama mengongsi vaksin dan rawatan. 

"WHO masih berusaha untuk mengenal pasti cara kerjasama sejagat. Pada waktu ini, ia masih sesuatu yang dibincangkan," kata Encik Lewis. 

Pertama kali dikesan pada monyet, virus ini merebak melalui kontak rapat dengan individu yang dijangkiti jangkitan cacar monyet. 

Sehingga tahun ini, penyakit tersebut jarang menular ke luar Afrika di mana ia endemik. 

Namun, beberapa kes yang dikesan di Britain pada awal Mei memberi bayangan bahawa penularan itu sudah sampai di Eropah. 

Tahun ini, terdapat lebih 16,000 kes cacar monyet di lebih 75 negara. Encik Lewis berkata jumlah sebenar mungkin lebih tinggi. Lima kematian, semuanya berlaku di Afrika, dilaporkan. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa