Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penternak ayam di Thailand ganti antibiotik dengan ganja

Petani di Lampang, Thailand, memberi ganja kepada ternakan ayam mereka sebagai menggantikan antibiotik. Mereka mendakwa ia meningkatkan mutu daging serta telur ayam.

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Petani di Lampang, Thailand, memberi ganja kepada ternakan ayam mereka sebagai menggantikan antibiotik. Mereka mendakwa ia meningkatkan mutu daging serta telur ayam.

Menurut laporan The Nation, usaha itu satu uji kaji yang dijalankan bersama oleh perusahaan masyarakat Peth Lanna, dan Fakulti Pertanian Universiti Chiang Mai.

Presiden Peth Lanna, Sirin Chaemthet berkata ayam menunjukkan daya imuniti lebih tinggi terhadap penyakit setelah mengambil ganja.

Para petani memutuskan untuk menggunakan ganja selepas antibiotik gagal mencegah ayam mereka daripada dijangkiti 'avian bronchitis' atau bronkitis burung.

Cik Sirin dilaporkan berkata ayam yang diberi makan ganja akan memenuhi permintaan pelanggan bagi makanan organik.

Sementara itu, Presiden Majlis Petani Kebangsaan Prapat Panyachatrak berkata penggunaan ganja sebagai menggantikan antibiotik akan memastikan keselamatan pengguna dan "meningkatkan nilai komersil produk ayam".

Khamis lalu, Thailand menjadi negara pertama di Asia yang membenarkan penggunaan ganja di sisi undang-undang.
Ini bermakna menanam atau menjual ganja dan produk ganja tidak lagi diharamkan, mahupun menggunakan ganja bagi tujuan kesihatan.

Pada hari yang sama undang-undang itu berkuat kuasa, lebih 100,000 orang mendaftarkan diri dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand, lapor Bangkok Post.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul mengingatkan bahawa penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi masih dilarang.

"Jika (pelancong) datang untuk mendapatkan rawatan perubatan atau datang bagi produk berkaitan kesihatan, maka ia bukan suatu masalah. Tetapi jika anda sengaja mahu datang ke Thailand kerana mendengar bahawa ganja atau marijuana dibenarkan di sisi undang-undang... atau datang ke Thailand untuk menghisapnya secara bebas, itu salah," tegas beliau kepada CNN.
Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan