Pentagon utamakan pertahanan Amerika dan kekangan ke atas China
Pentagon mengeluarkan dokumen dasar terkini yang mengutamakan langkah mempertahankan bumi Amerika dan menghalang China.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pentagon mengeluarkan dokumen dasar terkini yang mengutamakan langkah mempertahankan bumi Amerika dan menghalang China.
Pada masa yang sama, ia mahu memberi sokongan yang lebih terhad kepada sekutu-sekutunya.
Menurut dokumen Strategi Pertahanan Negara yang dikeluarkan, tumpuan terhadap Indo-Pasifik bertujuan memastikan Beijing tidak memperoleh penguasaan strategik.
Dokumen itu bagaimanapun tidak menyebut tentang Taiwan.
Berhubung semenanjung Korea, dokumen strategi itu menyatakan, Korea Selatan berpotensi memimpin usaha menghalang Korea Utara, dengan sokongan yang terhad tetapi kritikal daripada Amerika.
Menurut laporan berkenaan, perubahan tersebut konsisten dengan kepentingan Amerika Syarikat. Ini sedang Washington berusaha menjadikan pasukan di Korea Selatan lebih fleksibel untuk menangani pelbagai ancaman serantau yang lebih luas.
Korea Selatan menjadi pangkalan bagi sekitar 28,500 askar Amerika di bawah perjanjian pertahanan yang dimeterai pada 1953.
Namun, Seoul juga sudah secara konsisten meluaskan keupayaan tenteranya sendiri.
Tahun ini, Seoul menambah belanjawan pertahanannya dengan sebanyak 7.5 peratus.
Strategi pertahanan pentadbiran Encik Trump itu dikemas kini sedang beliau terus mendesak sekutu-sekutu Amerika Syarikat supaya memikul lebih banyak kos pertahanan.

Sumber : Agensi berita/DY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.