Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pentagon siar video pembunuhan al-Baghdadi

Panglima Pusat Kawalan Tentera Amerika, Jeneral Kenneth McKenzie berkata dua kanak-kanak, bukan tiga, seperti yang didakwa Presiden Donald Trump sebelum ini, terbunuh bersama al-Baghdadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pentagon siar video pembunuhan al-Baghdadi
Diterbitkan : 01 Nov 2019 08:18PM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 08:22PM

WASHINGTON: Panglima Pusat Kawalan Tentera Amerika, Jeneral Kenneth McKenzie berkata dua kanak-kanak, bukan tiga, seperti yang didakwa Presiden Donald Trump sebelum ini, terbunuh bersama al-Baghdadi.

Pemimpin ISIS itu membawa kanak-kanak tersebut bersamanya ke dalam terowong semasa cuba melarikan diri daripada askar-askar Amerika.

Dia meletupkan jaket bom yang dipakainya apabila terperangkap di dalam terowong itu.

Kanak-kanak tersebut berusia bawah 12 tahun.

Jeneral McKenzie juga berkata empat wanita dan seorang lagi lelaki terbunuh di tempat itu.

Wanita-wanita tersebut, tambahnya, melakukan tindakan yang mengancam nyawa dan memakai jaket bom.

Jeneral McKenzie enggan mengesahkan dakwaan Presiden Trump bahawa al-Baghdadi merengek dan menangis semasa melarikan diri di dalam terowong sebelum dia membunuh diri. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan