Skip to main content

Dunia

Pentagon sahkan peluru berpandu Iran terkena pangkalan tentera Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
Pentagon sahkan peluru berpandu Iran terkena pangkalan tentera Amerika

Gambar satelit Planet Labs PBC memaparkan terminal perusahaan moden (tengah) di Pangkalan Udara Al Udeid yang terletak di luar Doha, Qatar. (Gambar: AP)

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) pada Jumaat (11 Jul) mengesahkan salah satu peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Iran pada bulan lalu terkena Pangkalan Udara Al Udeid milik Amerika Syarikat di Qatar.

"Satu peluru berpandu balistik Iran terkena Pangkalan Udara Al Udeid pada 23 Jun, manakala selebihnya berjaya dipintas sistem pertahanan udara AS dan Qatar," kata jurucakap utama Pentagon, Sean Parnell dalam satu kenyataan kepada Anadolu.

Menurut Encik Parnell, serangan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil pada peralatan dan struktur di pangkalan itu serta tiada kecederaan dilaporkan.

"Pangkalan Udara Al Udeid kekal beroperasi sepenuhnya dan mampu melaksanakan misinya bersama rakan kongsi kami di Qatar bagi memastikan keselamatan dan kestabilan rantau ini," katanya.

Iran melancarkan peluru berpandu ke arah pangkalan itu dalam satu tindakan yang dianggap sebagai peningkatan ketegangan, menyusuli serangan Amerika terhadap tiga tapak nuklear Iran pada 21 Jun.

Berikutan insiden itu, Markas Pusat Tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) yang menyelia pasukan tentera Amerika di rantau itu memaklumkan tentera Amerika bersama Qatar berjaya menangkis serangan itu.

Sumber : Bernama/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita