Pentadbiran Trump tingkat tekanan terhadap hakim ICC kerana teruskan siasatan jenayah perang Amerika, Israel
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda pada 16 Januari 2019. (Foto: REUTERS/Piroschka van de Wouw)
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump meningkatkan tekanan ke atas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana meneruskan siasatan terhadap para pegawai Amerika dan Israel atas dakwaan jenayah perang.
Jabatan Negara Amerika pada Rabu (20 Ogos) mengumumkan sekatan baharu ke atas empat pegawai ICC, yang dituduh memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendakwa pegawai Amerika dan Israel.
Sekatan itu adalah yang terbaharu dalam siri langkah yang telah diambil oleh Pentadbiran Presiden Trump terhadap mahkamah yang berpangkalan di Hague, tribunal jenayah perang antarabangsa yang pertama di dunia.
Amerika telahpun mengenakan sekatan ke atas mantan ketua pendakwa ICC, Karim Khan, yang mengundurkan diri pada Mei lalu sementara menunggu siasatan terhadap dakwaan salah laku seksual, dan empat hakim tribunal lain.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Negara Marco Rubio berkata beliau telah mengambil tindakan terhadap hakim ICC Kimberly Prost dari Kanada dan Nicolas Guillou dari Perancis dan pendakwa raya Nazhat Shameem Khan dari Fiji dan Mame Mandiaye Niang dari Senegal.
“Individu-individu ini adalah orang asing yang terlibat secara langsung dalam usaha Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat, menangkap, menahan atau mendakwa warga Amerika Syarikat atau Israel, tanpa persetujuan mana-mana negara,” kata Encik Rubio. Beliau menambah bahawa Pentadbiran Presiden Trump akan terus "mengambil apa sahaja tindakan yang kami anggap perlu untuk melindungi tentera kami, kedaulatan kami, dan sekutu kami daripada tindakan tidak sah dan tidak berasas oleh ICC."
Dalam satu kenyataan berasingan, Jabatan Negara turut menyatakan bahawa Cik Prost telah dikenakan sekatan kerana membuat keputusan yang membenarkan siasatan ICC ke atas kakitangan Amerika di Afghanistan, yang kemudiannya digugurkan. Encik Guillou dikenakan sekatan kerana membuat keputusan yang membenarkan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant yang berkaitan dengan perang Israel terhadap Hamas di Gaza.
Encik Khan dan Niang pula dikenakan sekatan kerana meneruskan siasatan Karim Khan terhadap tindakan Israel di Gaza, termasuk mengekalkan waran tangkap ICC terhadap Encik Netanyahu dan Encik Gallant, menurut kenyataan itu.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.