Pentadbiran Trump senaraikan 4 kumpulan berhaluan kiri Eropah sebagai pertubuhan pengganas
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Khamis (13 Nov) menamakan empat kumpulan berhaluan kiri Eropah sebagai pertubuhan pengganas, meneruskan janjinya untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka menyusuli pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk.
Rangkaian yang disasarkan oleh pentadbiran Republican Encik Trump itu semuanya kelihatan berpangkalan di Eropah, tanpa sebarang operasi di Amerika Syarikat.
Mereka terdiri daripada sebuah kumpulan anarkis Itali yang menghantar bungkusan letupan kepada presiden Suruhanjaya Eropah ketika itu pada 2003, dua rangkaian Greece yang dipercayai menanam bom di luar bangunan polis rusuhan dan jabatan buruh di Athens, dan sebuah kumpulan anti-fasis yang anggotanya didakwa oleh pihak berkuasa Jerman disebabkan serangan tukul besi terhadap neo-Nazi di Dresden.
Eropah mempunyai sejarah panjang keganasan politik berhaluan kiri, manakala di Amerika Syarikat, keganasan politik lebih cenderung datang dari individu berhaluan kanan dalam beberapa dekad kebelakangan ini, menurut pelbagai kajian, termasuk Jabatan Keadilan.
Sekalipun demikian, terdapat peningkatan dalam serangan politik Amerika Syarikat merentasi ideologi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kemuncaknya adalah insiden tembakan maut ke atas Encik Kirk pada September oleh seorang penembak yang didakwa pendakwa raya didorong oleh permusuhan terhadap pendirian Encik Kirk menentang isu transjantina (transgender) dan beberapa isu lain.
Pengumuman pentadbiran Encik Trump secara online menegaskan bahawa "Militan Anarkis sudah melancarkan kempen keganasan di Amerika Syarikat dan Eropah, berkonspirasi untuk menjejas asas Tamadun Barat melalui serangan kejam mereka."
Penamaan oleh pentadbiran itu membolehkan ia menyasarkan sebarang sokongan kewangan yang mungkin diberikan kepada rangkaian itu di Amerika Syarikat.
Kebanyakan kumpulan anarkis dan antifa, atau antifasis, secara teknikal bukanlah pertubuhan tetapi sebaliknya adalah gabungan individu yang bersatu hanya bagi tindakan tertentu.
Pengumuman Jabatan Negara itu dikeluarkan pada sebelah petang di Eropah, dan pemerintah di negara-negara yang memerangi rangkaian itu tidak segera membalas permintaan bagi komen.
Kumpulan Eropah paling mendapat perhatian yang disasarkan oleh pentadbiran Encik Trump minggu ini ialah Barisan Revolusi Antarabangsa (IRF), juga dikenali sebagai Persekutuan Anarkis Tidak Rasmi.
Ia mula dikenali pada 2003 hingga 2004, apabila ia menghantar bungkusan letupan kepada presiden Suruhanjaya Eropah ketika itu, Romano Prodi.
Pada 2012, anggota kumpulan itu menembak dan mencederakan ketua eksekutif pembina loji tenaga nuklear Itali, Ansaldo Nucleare, dengan menyasarkan kakinya.
Serangan itu menghidupkan semula taktik anarkis utama dari tahun 1970-an yang dikenali sebagai gambizzazione - menembak seseorang di kaki dengan niat untuk mencacatkan dan menakut-nakutkan.
Dua anggota kumpulan itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas serangan itu, dengan hukuman lebih berat dijatuhkan disebabkan tuduhan keganasan.
Kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab atas surat bom yang dihantar kepada mantan ketua Deutsche Bank, Josef Ackermann, di pejabatnya di Frankfurt pada 2011 dan kepada pejabat media Itali serta kedutaan asing.
Armed Proletarian Justice adalah nama kumpulan yang mengaku bertanggungjawab menanam bom, yang gagal meletup, di luar bangunan polis rusuhan Athens pada Disember 2023.
Dua bulan kemudian, sebuah bom meletup di jabatan buruh Greece, dan rangkaian baharu yang menamakan dirinya 'Revolutionary Class Self-Defense' mengaku bertanggungjawab.
Ia juga mengaku bertanggungjawab atas letupan awal tahun ini di luar pejabat syarikat kereta api utama negara itu.
Rangkaian terakhir dikenali sebagai Antifa Ost, atau East. Empat anggota didapati bersalah pada 2023 kerana terlibat dalam serangan tukul besi ke atas neo-Nazi atau disyaki neo-Nazi di timur Jerman.
Baru-baru ini, pendakwa raya memfailkan tuduhan baharu terhadap anggota rangkaian itu kerana dipercayai menyerang orang yang mereka dakwa sebagai neo-Nazi di Budapest.
Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, seorang autokrat dan sekutu Encik Trump, menamakan kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas selepas pembunuhan Encik Kirk, sambil berkata beliau mengikut jejak Encik Trump dalam menyasarkan ekstremisme berhaluan kiri.

Sumber : AP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.