Pentadbiran Trump batal lebih 300,000 visa sejak Jan 2025
Pentadbiran Presiden Donald Trump sudah membatalkan lebih 300,000 visa Amerika Syarikat sepanjang penggal kedua beliau, menurut Jabatan Negara pada Selasa (20 Okt), sedang pemerintah persekutuan terus mempergiat tindakan tegas secara besar-besaran terhadap imigresen.
Bendera Amerika Syarikat dan borang permohonan visa H-1B Amerika Syarikat dalam ilustrasi bertarikh 22 September 2025. (Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)
- The Trump administration cancelled more than 300,000 US visas during his second term, the State Department said on Oct 20, up from more than 175,000 on Aug 10.
- Trump linked the crackdown and deportations of immigrants to national security, while spokesman Tommy Pigott cited violations of the law, fraud and security threats as reasons for the cancellations.
- Those affected included pro-Palestinian protesters and foreign nationals who commented on the killing of Charlie Kirk; social media screening has also been tightened, including for visa applicants.
- Human rights advocates criticised the actions, saying they undermined due process and freedom of speech and targeted critics, as legal immigration was also made more difficult through high work visa fees.
- Pentadbiran Presiden Donald Trump membatalkan lebih 300,000 visa Amerika Syarikat dalam penggal keduanya, menurut Jabatan Negara pada 20 Oktober, meningkat daripada lebih 175,000 pada 10 Ogos.
- Trump mengaitkan tindakan tegas serta penghantaran pulang pendatang dengan keselamatan negara, sementara jurucakap Tommy Pigott menyebut pelanggaran undang-undang, penipuan dan ancaman keselamatan sebagai alasan pembatalan.
- Antara yang terjejas ialah penunjuk perasaan pro-Palestin dan warga asing yang mengulas pembunuhan Charlie Kirk; pemeriksaan media sosial juga diperketat, termasuk terhadap pemohon visa.
- Pejuang hak asasi membantah tindakan itu kerana didakwa menjejaskan proses sewajarnya dan kebebasan bersuara serta menyasarkan pengkritik, ketika imigresen sah turut disukarkan melalui bayaran visa kerja yang tinggi.
Angka tersebut menunjukkan kadar pembatalan visa yang semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Dalam satu kemas kini yang dikeluarkan pada 10 Ogos, Jabatan Negara menyatakan bahawa lebih 175,000 visa sudah dibatalkan sejak penggal kedua Encik Trump bermula pada Januari 2025.
Encik Trump berkata tindakan tegas terhadap imigresen dan usaha menghantar pulang para pendatang bertujuan meningkatkan keselamatan dalam negara.
Bagaimanapun, para pejuang hak asasi manusia berkata tindakan tersebut mencabuli hak mereka untuk mendapatkan proses perundangan yang sewajarnya serta kebebasan bersuara, selain mewujudkan persekitaran yang tidak selamat, khususnya bagi golongan etnik minoriti yang menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan pihak berkuasa menyasarkan para individu berdasarkan kaum.
Ketika mengumumkan perangkaan terbaharu itu menerusi platform X, Jurucakap Jabatan Negara Tommy Pigott berkata pentadbiran Encik Trump "telah membatalkan lebih banyak visa pada kadar yang lebih pantas berbanding mana-mana pentadbiran dalam sejarah".
Encik Pigott berkata pentadbiran tersebut mengamalkan "dasar toleransi sifar terhadap warga asing yang berada di negara ini menggunakan visa dan melanggar undang-undang, melakukan penipuan atau menjejas keselamatan negara kami".
Antara pembatalan visa yang dikecam hebat oleh para pejuang hak asasi manusia termasuk visa para penunjuk perasaan warga asing yang menyokong Palestin dan membantah serangan Israel, sekutu Amerika Syarikat, terhadap Gaza, serta visa warga asing yang membuat komen di media sosial mengenai pembunuhan pengulas konservatif Charlie Kirk.
Selain usahanya menghantar pulang para penunjuk perasaan warga asing, pentadbiran Encik Trump turut memperketatkan pemeriksaan media sosial terhadap para pendatang dan pemohon visa.
Para pejuang hak asasi manusia berkata pemerintah menggunakan alasan keselamatan negara untuk menyasarkan para pengkritik, selain menjadikan kes penipuan terpencil sebagai asas untuk mengambil tindakan secara meluas terhadap golongan pendatang, seperti masyarakat Amerika berketurunan Somalia di Minnesota.
Walaupun Encik Trump berkempen pada 2024 dengan janji untuk membendung kemasukan secara haram, pentadbiran beliau turut menyukarkan proses imigresen secara sah, antaranya dengan mengenakan bayaran tinggi bagi jenis visa kerja tertentu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.