Pentadbiran Ehwal Dua Masjid Suci tingkatkan usaha keselamatan dan perkhidmatan semasa hujan
Presiden Ehwal Dua Masjid Suci yang diwakili Agensi Presiden bagi Perkhidmatan dan Perlindungan Alam Sekitar mengukuhkan usahanya ketika berlaku hujan di Masjidil Haram.
(Gambar: Saudi Press Agency)
MAKKAH: Presiden Ehwal Dua Masjid Suci yang diwakili Agensi Presiden bagi Perkhidmatan dan Perlindungan Alam Sekitar mengukuhkan usahanya ketika berlaku hujan di Masjidil Haram.
Agensi itu sudah mengambil lebih 200 kakitangan untuk menyelia lebih 4,000 pekerja lelaki dan wanita, lapor Saudi Gazette.
Timbalan Setiausaha agensi itu, Ahmed Bin Omar Bal'amish berkata kawasan tawaf, ruang solat, pintu masuk dan keluar dibersihkan sebaik sahaja hujan berhenti dalam masa 15 minit.
Ia bagi memastikan kawasan Masjidil Haram selamat bagi jemaah dan pengunjung supaya mereka dapat menjalankan ibadah dengan mudah dan lancar.
Beliau berkata hampir 500 mesin dan peralatan digunakan untuk membersihkan kesan hujan di kawasan tawaf, ruang di luar dan bumbung Masjidil Haram, menurut Saudi Gazette.
Beliau juga menekankan bahawa Agensi tersebut meningkatkan persiapan dengan menjalankan pelan kecemasan.
Menurutnya jaket hujan juga disediakan, selain kerja-kerja membersihkan saluran longkang supaya saliran air tidak tersumbat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.