Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pentadbiran Biden meterai perjanjian kerjasama sains dengan China, dikritik anggota Republican

Anggaran Waktu Membaca:
Pentadbiran Biden meterai perjanjian kerjasama sains dengan China, dikritik anggota Republican

(Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China memperbaharui perjanjian kerjasama sains pada Jumaat (13 Dis), umum Jabatan Negara Amerika.

Namun kali ini, ia melibatkan "perlindungan keselamatan negara yang kukuh", meskipun terdapat bantahan daripada anggota parti Republican yang berpendapat bahawa keputusan itu sepatutnya diserahkan kepada pentadbiran Donald Trump yang bakal memerintah.

Selama 45 tahun, tanda mercu Perjanjian Sains dan Teknologi (STA) Amerika-China menghasilkan kerjasama merentasi pelbagai bidang sains, menghasilkan rangka kerja untuk pertukaran agensi dan memberi Amerika akses kepada data China yang berguna dalam bidang seperti memantau gempa bumi, cuaca dan influenza.

Meskipun demikain, perjanjian tersebut yang diperbaharui kira-kira setiap lima tahun sejak ia pertama kali ditandatangani pada 1979, luput tahun ini, di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat bahawa China terlalu kerap gagal untuk menegakkan peruntukan harta intelek atau menukar jumlah data yang sama.

Ditandatangani hanya beberapa minggu sebelum perasmian Presiden terpilih Donald Trump pada 20 Januari, Jabatan Negara menyatakan perjanjian baharu itu jauh lebih terhad berbanding perjanjian sebelumnya, dan hanya merangkumi penyelidikan asas, bukan teknologi kritikal atau baru muncul yang penting untuk persaingan antara dua negara itu.


"Kami memahami bahawa kegagalan untuk melanjutkan STA boleh memberi kesan yang negatif dalam bidang kerjasama sains, yang memberi manfaat kepada Amerika Syarikat," kata pegawai itu.

Dalam sepucuk surat yang dihantar pada Khamis (11 Dis), John Moolenaar, pengerusi Republican bagi jawatankuasa pilihan Dewan Perwakilan Rakyat mengenai China, meminta Setiausaha Negara Antony Blinken untuk "segera menangguhkan usaha" memperbaharui perjanjian tersebut.

Anggota Republican dalam jawatankuasa itu mengetuai pertuduhan untuk meminta Jabatan Negara membatalkan sebarang pengaturan baru, dengan alasan bahawa China, yang bersungguh-sungguh meminta supaya perjanjian diperbaharui, akan memanfaatkannya untuk meningkatkan kemajuan ketenteraannya.

Kementerian Luar China menyifatkan pembaharuan perjanjian lima tahun itu sebagai "satu langkah penting."

"Ia bukan sahaja akan menggalakkan kemajuan saintifik dan teknologi serta pembangunan ekonomi dan sosial kedua-dua negara, ia juga memajukan keupayaan kedua-dua pihak untuk berdepan cabaran global bersama dan meningkatkan kesejahteraan semua orang di dunia," menurut kementerian tersebut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan