Pentadbiran Biden keluarkan laporan kajian pengunduran tentera AS dari Afghanistan pada April
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Mandel Ngan/AFP)
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden akan mengeluarkan laporan kajian mengenai pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan pada bulan depan dan menyerahkannya kepada Kongres, kata Setiausaha Negara AS Antony Blinken pada Rabu (22 Mac).
“Saya komited dan mahu menyerahkan maklumat itu kepada Kongres menjelang pertengahan April."
"Kami akan berkongsi hasil kajian dan mencari mekanisme yang sesuai untuk melakukannya dalam tempoh tiga minggu akan datang," katanya, ditukil Agensi Anadolu.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih John Kirby memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa pentadbiran menjangkakan agensi yang menjalankan kajian itu akan berkongsi laporan tersebut dengan jawatankuasa pemantauan kongres yang berkaitan pada pertengahan April.
Ahli parlimen Republican menuduh Presiden Joe Biden "gagal" dalam menguruskan pengunduran tentera AS dari Afghanistan serta huru-hara yang berlaku di lapangan terbang Kabul pada Ogos 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Michael McCaul, menghantar surat kepada Encik Blinken pada Selasa (21 Mac) menuntut agar Jabatan Negara mengeluarkan dokumen itu sebelum dikemukakan kepada Senat.
"Kegagalan untuk mengemukakan dokumen ini akan menyebabkan Jawatankuasa mengeluarkan sepina untuk memaksa laporan kajian itu dikemukakan," kata Encik McCaul.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.