Penjualan xAI disertakan dengan faedah cukai, kewangan dan undang-undang bagi pelabur xAI dan SpaceX
Anggaran Waktu Membaca:
- Elon Musk menggabungkan SpaceX dan xAI menggunakan proses dua langkah yang biasa dalam pemerolehan korporat.
- Langkah ini memberi kelebihan cukai kepada pemegang saham dan melindungi SpaceX daripada tuntutan undang-undang xAI.
- xAI kekal sebagai anak syarikat SpaceX, membolehkan operasi berasingan serta perlindungan daripada siasatan dan litigasi berkaitan platform X.
- Perjanjian bernilai AS$1.25 trilion diumumkan pada 2 Februari, dengan rancangan penyenaraian untuk membiayai projek pusat data angkasa lepas Elon Musk.
NEW YORK: Elon Musk menggunakan proses penggabungan dua langkah yang biasa dalam pemerolehan SpaceX xAI.
Proses itu membawa dua manfaat iaitu mengelakkan pelunasan hutang berbilion-bilion dolar sambil memberi kelebihan cukai kepada pemegang saham, menurut sumber yang tahu tentang urus niaga tersebut.
Ia juga melindungi SpaceX daripada sebarang tuntutan undang-undang daripada xAI.
Perjanjian itu, yang diumumkan pada Isnin (2 Feb), mewujudkan sebuah syarikat bernilai AS$1.25 trilion (S$1.6 trilion) dengan rancangan untuk menyertakannya dalam bursa saham bagi membantu membiayai cita-cita Encik Musk untuk melancarkan pusat data di angkasa lepas.
Daripada menggabungkan kedua-dua syarikat itu menjadi satu dan menyepadukan sepenuhnya operasi, Encik Musk memutuskan untuk mengekalkan xAI, yang mengendalikan platform media sosial X dan mencipta chatbot Grok, sebagai anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh SpaceX.
Demikian menurut beberapa individu yang meminta agar namanya tidak didedahkan kerana butiran perjanjian tersebut belum didedahkan kepada orang ramai.
Pendekatan itu, yang dikenali dalam M&A korporat sebagai penggabungan segi tiga, adalah struktur yang biasa digunakan dalam urus niaga syarikat awam yang direka bentuk bagi jimatkan cukai dan mengehadkan kesan undang-undang, kata peguam M&A.
Sebagai anak syarikat, hutang, tuntutan undang-undang dan kontrak xAI kekal berasingan daripada syarikat penaung korporat, sekali gus membolehkan xAI menjalankan operasinya secara bebas sambil membantu melindungi SpaceX daripada sebarang siasatan dan litigasi yang mungkin dihadapi oleh X.
Platform media sosial itu sedang disiasat di Eropah atas tuduhan bahawa Grok menyebarkan gambar palsu lucah wanita dan kanak-kanak sebenar.
X menyatakan bulan lalu bahawa ia mengambil langkah-langkah untuk "mencegah akaun [@]Grok di X di seluruh dunia daripada membenarkan penyuntingan gambar orang sebenar dalam pakaian terdedah seperti bikini" dan "komited untuk menjadikan X platform yang selamat untuk semua orang."
SpaceX dan xAI belum memberi sebarang respons kepada permintaan untuk mengulas.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.