Penjualan vape tetap dilarang di Johor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengekalkan larangan penjualan vape di negeri itu sebagaimana yang diputuskan sejak 1 Januari 2016.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor.
Beliau berkata pendirian yang dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sejak tujuh tahun lalu itu kekal meskipun kerajaan pusat sudah mewartakan cukai eksais bagi cecair atau gel mengandungi nikotin vape mulai Sabtu (1 Apr) lalu.
Katanya kerajaan negeri sudah mengenakan syarat bagi permohonan lesen di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan tidak membenarkan penjualan vape di premis perniagaan sejak larangan itu dibuat.
“Kita faham di peringkat pusat sudah ada kebenaran (cukai bagi cecair vape), jadi kita tunggu arahan seterusnya daripada kerajaan Persekutuan.
“Setakat ini, kita tidak mendapat hitam putih dari segi arahan tentang pengharaman vape, tetapi di peringkat kerajaan Johor kita masih menggunakan dasar keputusan (larangan) yang lama pada 2016,” katanya kepada pemberita ketika menyertai Program Singgah Sahur 2023 Kelab Media Johor (KMJ) pada awal pagi Selasa (4 Apr).
Encik Mohd Jafni berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cukai bagi kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimeter yang dikenakan kerajaan pada 1 April lalu dan pendirian kerajaan negeri mengenai larangan penjualan vape.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.