Penjualan vape di Johor kekal rancak meski larangan dikuatkuasakan pada 2016
Mereka yang rajin masuk Johor pasti akan singgah ke B Point.
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Mereka yang rajin masuk Johor pasti akan singgah ke B Point.
Di tempat yang terletak sangat dekat dengan kastam Johor itu, para pengunjung boleh menukar mata wang Singapura kepada ringgit, makan dan bahkan beli barang dapur.
Beberapa kedai di sana juga menjual alat-alat kecil berbentuk seperti kotak gula-gula, pemacu kilat dan banyak lagi.
Pada alat itu juga ada label yang tertulis ia berperisa kek keju strawberi, donut butterscotch dan bahkan teh tarik serta apam balik.
Alat-alat itu jelas pengewap elektronik atau 'vape' sedangkan ia telah diharamkan di Johor.
Negeri itu malah yang pertama di Malaysia untuk menghentikan pengeluaran lesen penjualan bagi produk-produk sedemikian pada 2016, atas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Lebih menghairankan lagi, B Point terletak bertentangan dengan bangunan utama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang ditugaskan menguatkuasakan larangan tersebut. Namun kedai-kedai di sana masih menjual vape secara terbuka.
"Kedai-kedai berdekatan juga jual vape. Bukan kita saja. Jadi takkan ini haram?" soal seorang warga Bangladesh yang bekerja sebagai penjual di satu kedai. Beliau hanya mahu dikenali sebagai Encik Ahmad.
Seorang lagi pengurus kedai yang enggan dinamakan, memberitahu Mediacorp bahawa kedai yang diuruskan mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai kedai runcit, tetapi ia juga menjual rokok elektronik "secara sampingan".
"Terdapat permintaan tinggi bagi vape... ia laris dijual terutama sekali pada waktu sibuk hujung minggu," tambah beliau.
B Point popular dalam kalangan pengunjung dari Singapura sebagai tempat persinggahan pertama buat para pemandu dan penunggang motosikal yang melalui Koswe.
Kedua-dua peruncit yang ditemui Mediacorp berkata lebih separuh daripada pelanggan yang membeli vape berasal dari Singapura. Perkara ini mereka ketahui berdasarkan nombor plat kenderaan yang dibawa para pelanggan.
Kru Mediacorp ke empat pasar mini yang menjual vape pada Rabu (27 Nov) dan memperkenalkan diri sebagai wartawan.
Lagi dua pemilik kedai enggan memberikan sebarang komen.
Mediacorp bagaimanapun mendapati penjualan vape masih rancak di B-point, mahupun di beberapa kawasan selatan Johor seperti Pasir Gudang dan Tebrau, sekalipun terdapat larangan yang sedang dikuatkuasakan.
Penggunaan vape menarik perhatian ramai sejak beberapa minggu lalu setelah negeri-negeri Malaysia yang lain mula mengorak langkah mengekang penggunaan produk itu.
Pada minggu lalu, pantai timur Terengganu mengumumkan ia tidak akan memperbaharui lesen perniagaan bagi penjualan vape, dengan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menekankan bahawa langkah itu diambil demi kepentingan awam.
Di satu acara di Kuantan pada awal bulan ini, Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru agar vape dilarang sepenuhnya di negeri itu.
Beliau turut meluahkan rasa bimbang tentang bagaimana penggunaan vape dalam kalangan belia akan memburukkan lagi masalah ketagihan dadah.
Perkembangan di negeri-negeri itu kemudian menarik perhatian ramai kepada Johor yang menguatkuasakan larangan hampir sedekad lalu. Ini mendorong pihak berkuasa untuk tampil memberikan penjelasan.
Pada Ahad lalu (24 Nov), pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan negeri Johor, Mohd Jafni Md Shukor menegaskan tiada lesen bagi penjualan cecair vape atau rokok elektronik dikeluarkan sejak 2016.
Pakar-pakar kesihatan Malaysia yang ditemu bual Mediacorp juga memuji keputusan Johor untuk mengharamkan penjualan vape yang telah mendorong negeri lain untuk mempertimbangkan langkah serupa.
Namun, mereka akur bahawa menguatkuasakan larangan itu kekal satu cabaran, memandangkan sumber kerajaan negeri terhad sementara kerajaan persekutuan pula belum lagi mengharamkan vape.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.