Penjualan arak dilarang di stadium Piala Dunia 2022 Qatar
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Gabriel Bouys/AFP
DOHA: Penganjur Piala Dunia 2022, Qatar mengumumkan pada Jumaat (18 Nov) bahawa minuman keras tidak akan dijual kepada para peminat dan penyokong bola sepak di stadium-stadiumnya.
Ia diumumkan dua hari sebelum Piala Dunia 2022 bermula.
Qatar menjadi negara Timur Tengah pertama yang menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia FIFA.
"Sebilangan besar daripada peminat yang akan menghadiri (Piala Dunia FIFA), datang dari Timur Tengah dan Selatan Asia, di mana minuman keras bukanlah bahagian besar daripada budaya tersebut," menurut sumber, yang identitinya tidak didedahkan, kerana dia berucap sebelum sebuah pengumuman dijangka dibuat.
Penaja utama Piala Dunia, Budweiser pada awalnya dijangka akan menjual minuman keras di sekitar zon-zon bertiket, di kesemua lapan stadium, hanya pada masa-masa tertentu iaitu tiga jam sebelum dan satu jam selepas setiap perlawanan.
Namun demikian, kebalikan dasar itu dibuat selepas rundingan yang dilaksanakan secara jangka panjang antara Presiden FIFA Gianni Infantino, Budweiser, dan eksekutif daripada Jawatankuasa Tertinggi Penyampaian dan Warisan Qatar (SC), yang menganjurkan Piala Dunia tersebut.
Buat masa ini, Budweiser, FIFA mahupun the SC belum memberi sebarang respons terhadap permintaan Reuters untuk komen.
Minuman keras bagaimanapun dijangka masih dihidangkan di dalam zon hospitaliti stadium.

Sumber : Reuters/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.