Penjual tanjak Merdeka terima tempahan luar biasa jelang Hari Kemerdekaan M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
IPOH: Berbekalkan ilmu mempelajari pembuatan tanjak atau tengkolok melalui bengkel khas pembuatan tanjak dari pelbagai negeri, seorang penyolek (pembuat) tanjak menjual ribuan aksesori tradisi itu dan memperoleh hasil lumayan.
Iskandar Zulkarnain Zaharin, 39 tahun, menceburi bidang pembuatan dan penjualan tanjak sejak 2018 selain menerima tempahan untuk perayaan dan perkahwinan.
Kedatangan bulan kebangsaan yang menyaksikan Malaysia menyambut hari kemerdekaan dan hari Malaysia, rezeki bapa lapan anak itu berlipat ganda kerana permintaan bagi Tanjak Merdeka akan meningkat dan beliau menyasarkan 2,000 tanjak bakal terjual.
Beliau menyasarkan jumlah itu mampu dijual pada tahun ini memandangkan permintaan yang tinggi daripada orang ramai yang lebih selesa memakai tanjak berbanding busana tradisi.
“Tahun lepas saya jual kira-kira 300 tanjak sahaja namun tahun ini sasarannya agak tinggi kerana telah ada tempahan yang diminta oleh pelanggan manakala lagi 1,000 tanjak perlu disediakan untuk dijual di aplikasi Facebook yang baru sahaja dimulakan,” katanya ketika ditemui di kedainya di Ipoh, baru-baru ini.
Menceritakan mengapa beliau memilih membuat tanjak sebagai perniagaan, Encik Iskandar Zulkarnain berkata idea itu tercetus apabila beliau melihat tanjak sebagai identiti tradisi Melayu yang masih mendapat perhatian.
Katanya dengan bermodalkan RM70 (S$20), beliau boleh mendapat pulangan lebih RM2,000 (S$583) hasil jualan tanjak yang diusahakan bersama empat tenaga kerja.
“Saya lebih suka siapkan tanjak dalam jumlah yang banyak dan jual berbanding hanya membuatnya apabila mendapat tempahan. Selain menjualnya di Ipoh Night Market dan Pasaraya Greentown, saya membuka khemah menjual tanjak pada hari kemerdekaan,” katanya.
Bercerita mengenai tanjak yang dijualnya, Encik Iskandar Zulkarnain menjelaskan terdapat dua jenis tanjak iaitu warisan dan rekaan.
Tanjak warisan diwarisi daripada turun-temurun pada zaman dahulu dan tidak boleh disamakan dengan tanjak rekaan yang diinovasi daripada tanjak warisan.
“Tanjak rekaan biasa yang berwarna hitam berharga RM50 (S$15) hingga RM80 (S$23) bergantung kepada kekemasan manakala khusus untuk tema merdeka bermula harga RM65 (S$19) hingga RM150 (S$44).
“Bagi menghasilkan sebuah tanjak, kami memerlukan kira-kira dua jam yang dimulai dengan proses memotong kain, melekatkan kertas gam menggunakan tekanan haba, kemasan jahitan tepi dan lipatan tanjak,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.