Skip to main content

Dunia

Penjenayah siber luar negara boleh didakwa di Malaysia di bawah undang-undang baharu: Ahmad Zahid

Penjenayah siber yang beroperasi di luar negara boleh didakwa mengikut undang-undang Malaysia sekiranya jenayah mereka melibatkan sistem komputer di negara itu atau mangsanya merupakan rakyat Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Penjenayah siber luar negara boleh didakwa di Malaysia di bawah undang-undang baharu: Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi berkata penjenayah siber yang beroperasi di luar negara boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya jenayah mereka melibatkan sistem di Malaysia atau mangsa warga Malaysia. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 11:14AM
Foreign cyber criminals can be prosecuted in Malaysia under new law: Ahmad Zahid
  • Ahmad Zahid Hamidi explained in Parliament that the Cyber Crime Bill 2026 allows foreign criminals to be prosecuted if the offence involves a Malaysian computer system or Malaysian victims.
  • Passed last July to replace the Computer Crimes Act 1997, the Bill addresses gaps in the law relating to AI scams, impersonation and deepfakes.
  • Clauses 38 to 41 allow authorities to preserve and obtain data, collect traffic data and intercept communications, subject to safeguards, as digital evidence can be easily altered or deleted.
  • Through international cooperation, suspects can be investigated and extradited if they meet the requirements; courts can also stop infringements, return property and freeze assets to protect victims.
Dijana oleh AI

KUALA LUMPUR: Penjenayah siber yang beroperasi di luar negara boleh didakwa mengikut undang-undang Malaysia sekiranya jenayah mereka melibatkan sistem komputer di negara itu atau mangsanya merupakan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap penjenayah di luar negara seolah-olah kesalahan itu dilakukan di Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan mekanisme kerjasama antarabangsa sedia ada bagi membolehkan penjenayah siber di luar negara disiasat, didakwa dan diekstradisi ke Malaysia sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

Encik Ahmad Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional bagi Jempol, Shamshulkahar Mohd Deli.

Encik Shamshulkahar meminta penjelasan mengenai keberkesanan undang-undang sedia ada dalam menangani penipuan online menggunakan kecerdasan buatan (AI), termasuk penyamaran identiti, teknologi 'deepfake' dan manipulasi digital.

RUU Jenayah Siber 2026 yang diluluskan Parlimen pada Julai lalu digubal bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997, selain menangani kelemahan perundangan berkaitan jenayah siber rentas sempadan dan penyalahgunaan AI.

PERUNTUKAN BAHARU TANGANI PENIPUAN 'DEEPFAKE'

Encik Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata Fasal 23 RUU tersebut memperluas skop kesalahan penyamaran menggunakan sistem komputer bagi menangani ancaman teknologi 'deepfake'.

Beliau menjelaskan bahawa teknologi itu boleh menghasilkan video, imej dan suara palsu yang sukar dibezakan daripada yang asli, sekali gus digunakan untuk memperdaya orang ramai.

Menurutnya, undang-undang sedia ada tidak lagi mencukupi untuk menangani ancaman sedemikian.

Bagi mempercepat siasatan terhadap sindiket jenayah siber, Fasal 38 hingga 41 pula memperuntukkan kuasa untuk memelihara dan mendapatkan data, mengumpulkan data trafik serta memintas komunikasi, tertakluk kepada mekanisme kawalan yang ditetapkan.

Encik Ahmad Zahid berkata kuasa tersebut penting memandangkan bukti digital boleh dipadamkan, diubah suai atau dipindahkan dalam masa yang singkat.

MAHKAMAH BOLEH SEKAT HARTA HASIL PENIPUAN

Dari segi perlindungan mangsa, Fasal 54 RUU itu memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah bagi mencegah atau menghentikan pelanggaran undang-undang, atas permohonan Pendakwa Raya atau pegawai yang diberi kuasa.

Perintah itu boleh dikeluarkan sama ada suspek sudah didakwa atau belum.

Antara langkah yang diperuntukkan termasuk perintah menghentikan kegiatan yang menyalahi undang-undang, memulangkan wang atau harta kepada mangsa serta menyekat aset bagi mengelakkan hasil penipuan dilesapkan.

Encik Ahmad Zahid berkata peruntukan baharu itu bertujuan memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan untuk membanteras jenayah siber, khususnya penipuan online menggunakan AI dan kegiatan sindiket rentas sempadan.

Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita